Showing posts with label Saya sayang diri saya. Show all posts
Showing posts with label Saya sayang diri saya. Show all posts

Friday, November 18, 2016

The Ugly Duckling

Tajuk da macam fairy tale la plak, kan??? Tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal anak itik atau anak swan pon. Aku nak cerita pasal anak orang (aiks... ayat macam nak gosip2 la plak...)... Ooopppsss... jangan pikir bukan-bukan eyh, sebab ini bukan ruangan gosip ya. Aku cuma nak berkongsi peel manusia-manusia yang aku kenal dan aku takkan sebut nama-nama beliau ini. Ini bukan nak mengaibkan sapa- sapa cuma sebagai renungan kita semua.

Once upon a time (chewwwahhhh... intro xmo kalah...), aku ni dulu agak boyish la, ala- ala tomboy gitu. Dress up ala jantan, dengan jeans gedabak, dengan baju over size, dengan rambut pendek... pendek kata gila selekeh la. Lipstick, eye shadow, blusher, compact powder kalau letak depan aku, aku gerenti... aku kenal lagi, sebab mak aku pakai... HAHAHA... :D tapi aku memang tak suka la benda alah tu. Aku pon tak tau kenapa aku nak sangat jadi macam lelaki masa tu. Abah aku relax jer, sebab bagi abah, abah memang suka anak-anak dia nampak kental and pandai berdikari, sebabnya bagi abah nanti orang takkan senang-senang dapat buli anak dia. Lagipon aku anak sulong so kena jaga adik- adik masa tu. Mak memang la ade la suh aku berubah tapi in term of dress up je la. Tapi masa tu aku rs rimas plak nak dress up girly- girly tu... memang aku sendiri rs geli la bila nak nampak girly2... ngehehehe... ni lah rupa aku dulu- dulu.

While I'm 18, ensem x??? Hahaha...

Ni plak masa umur 15 dgn kwn baik aku, yg sblh kiri tu aku.


Sangat selekeh kan, housemate aku pon kata aku selekeh bila aku tunjuk 2 pic ni kat dia huhuhuhu... Sejak bila aku berubah??? Aku pon tak pasti, tapi perangai still ada kasar- kasar cuma bole berubah mengikut keadaan, bukan hipokrit tapi lebih kepada profesional. Tapi dress up totally change la kot. Da pandai simpan rambut panjang, da pandai make up even tak la yg mcm mak andam tu, da pandai pakai baju- baju pompuan, da pandai pakai high heel (kalau dulu kompom aku kluar pakai slipar jamban ja la bila nak kluar, skrg da x lagi, kalau pakai sliper pon paling murah sliper 'ticket' tu la). Most of the thing aku tak jadi pon swan, aku masih lagi aku cuma 'cover' je da modified sikit. ngehehehe...

Tapi apa yang aku terkilan kat sini and apa yang aku nak highlight, Is it all people in this world will judge other people based on their look??? Is it true orang akan suka kita bila kita cantik/ hensem saja??? Ok, ni bukan benda baru la aku dengar, da banyak kali aku dengar and orang cakap dengan aku. Antara dialog-dialognya berbunyi begini.

"Weyh, awat hang nampak lain sangat. Dulu nampak macam tomboy, la ni da cun owh. Kalau ang dari dulu mcm ni, konfem dulu aku ngorat hang. Awat baru la ang brubah? Nasib baik aku da kawen kalau tak memang aku ngorat ang la weyh."
(Weyh... kalau hang belom kahwin pon belom tentu aku nak terima bila hang ngorat aku... sebab hang bajet hang hensem nak buat ayat macam tuh?)

"Da lama da aku suka dengan hang, tapi tak berani nak cakap. Tapi kan la ni hang makin cantik ni yang buat aku lagi suka dengan hang."
(Ewww... kalau betol da lama suka, kenapa hari ni baru nak ckp sedangkan dulu tiap- tiap hari hang jumpa aku and lepak sama-sama kot, bila-bila masa pon hang nak ckp bukan ada orang pon nak tembak hang tapi kenapa bila aku da berubah baru nak cakap? Motif???)

"You look different now, kalau I tau U cantik macam ni, memang I xkan break-off dengan U dulu. U nak jadi GF I lagi tak?"
(Of cos la I tak mau, dulu U nak sgt dengan orang lain so pergi je la... I x kisah pon)

"Awak sekarang da lain la, awak tak nak ke jadi girlfriend saya balik?"
(Sorry, awak da tak de dalam senarai saya. Kalau nak kwn bole, nak jadi gf awk balik??? No no no... )

and etc...

Yang menjadi persoalannya, adakah penampilan tu bole buat korang bahagia sampaikan kerana perubahan image yg aku buat, then orang- orang seperti yang di atas jadi mcm tu. Bagi aku luaran takkan bawak kita ke mana-mana pon, once DIA nak tarik balik all those thing akan hilang sekelip mata. Adakah bila semua tu dah tak de, orang- orang yang mcm di atas tu akan stay lagi by my side? I dont think so.

Aku memang bersyukur dengan anugerah yang DIA kurniakan pada aku tapi aku masih sedar aku jugak ada kekurangan. Aku tak kata aku cantik sangat, tapi bagi aku semua manusia tu cantik and sempurna kerana apa saja ciptaan Yang Maha Pencipta itu adalah indah. Cuma manusia perlu bijak menilai dan mendefinasikan cantik itu sendiri. Cantik itu abstrak tak semestinya hanya pada luaran. Kalau luar bagus tapi dalam bangkai pon tak guna. KAN???

Bagi aku, aku berubah bukan sebab nak grab others attention. Aku buat sebab mak aku nak tgk aku jadi perempuan and sebab diri aku sendiri kerana aku rasa da sampai masanya aku jadi perempuan. Sebenarnya aku tak perlukan orang- orang yang suka aku sebab 'cover' aku. Kalau seseorang tu nak suka aku biar dia ikhlas terima aku seadanya aku. Yang berubah cuma luaran aku, tapi dalaman aku... aku masih insan yang sama yang diorang pernah kenal. Bezanya sekarang aku lebih matang dari sebelumnya untuk menilai pujian itu ikhlas atau sekadar bermulut manis.

(P/S: Apa yang aku cerita adalah berdasar apa yang aku sendiri pernah alami, bukan nak mengaibkan sapa2, cuma aku harap insan- insan kat luar tu ikhlas dalam menerima setiap ciptaan Allah di muka bumi ini.)



Wednesday, November 16, 2016

Selangkah Dari Ajal

Tajuk tak menahan tapi tu la hakikatnya kalau aku terlambat sikit lagi pergi hospital. Kalau ada yang tau, end of oct sampai pertengahan bulan 11 aku bercuti due to demam denggi. I didn't know and didn't expect nak experience penyakit yang boleh menyebabkan kematian ni and aku tak pernah berangan nak tidur kat dalam ICU. Seriously tak pernah and tak sangka and its happen a week before my plan untuk hiking Kinabalu. Bawah ni rentetan pengalaman aku masa kena denggi hari tu.

28th Oct 2016 - Friday
Aku still sihat walafiat masa pergi kerja and after balik aku ada date untuk lepak dgn Apist and family. Everything ok sampai la aku sampai rumah, start naik tangga rumah aku dah rasa tak larat and the moment aku sampai je rumah aku rasa hot and cold and super tired. So, aku decide just cuci badan and tidur berbungkus dalam blanket and x on kipas. Memang around 2 A.M aku bangun and aku berpeluh macam baru lepas berlari 1KM and aku continue tidur sampai pagi.

29th Oct 2016 - Saturday
Hari ni aku demam and tak larat. Suddenly, lost appetite. Luckily aku ni jenis suka restock buah kat rumah, so aku cuma makan buah and minum air kosong. Petang aku rasa teringin minum hot tea with cream cracker so buat lah teh 2 litre konon kata lapar sgt. Tapi end up aku cuma makan 4 keping biskut tu dgn 1 mug teh je. X suspect ape2 sbb aku ingat aku demam biasa je la.

30th Oct 2016 - Sunday
Aku still demam on this day, dah start x larat teruk tapi still x suspect ape2. Aku cuma harap aku ok the next day sbb aku nak pergi KK next 2 weeks. Rebus beras untuk bubur nasi and goreng pekasam yang mak buat ingat boleh la laju sikit makan. Tapi sama, lepas beberapa suap aku berenti. End up buah jugak la jadi makanan aku. This day aku mmg dah tak larat teruk. Dah start mandi duduk dalam bilik air.

31st Oct 2016 - Monday
Di sebabkan hari ni hari bekerja and aku still feel x ok, nak tak nak aku kena pergi klinik untuk ambik MC. Aku drive super slow sebab kepala aku pening and aku macam x boleh balance diri aku. Parking pon aku cari tempat xde kereta sbb takut x dpt nak parking betol-betol. Masuk jumpa doctor check temperature and blood pressure, doctor ckp temperature aku tinggi 39 degrees, tanya aku whether aku ada x few symptoms sbb takut aku kena denggi but semua negative so dia suruh aku buat blood test and dapat 2 hari MC. After let my boss know aku pun balik rumah. Ni baru aku perasan, aku tak larat teruk nak menapak naik tangga, the moment aku masuk je rumah, aku cuma kunci pintu x larat nak kunci grill aku tergolek dulu kat hall. Dalam pukul 5 klinik call and mintak aku datang skali lagi esok untuk buat 2nd round blood test, so aku ok kan je la since aku MC lagi esoknya. Hari ni pon sama xde selera, tapi aku sempat tapau roti canai and aku gagahkan makan roti canai tu je sampai habis and malam cuma makan buah je.

1st Nov 2016 - Tuesday
Wake up in the morning, that day i feel tired like even wanna wake up from my bed pon xde energy. So, I take my sweet time sampai pukul 10 baru bangun mandi sambil duduk. Slow-slow siap and turun nak pergi klinik. Hari ni memang rasa worst sgt. Tapi gagahkan jugak. Slowly drive and park kat klinik. Elok je my turn, doctor yang bertugas hari tu start membebel depan pc sbb marah doctor yang semalam. Platelet count aku dah 100 still suruh buat 2nd round blood test. So, nak tak nak dia buat check up jugak, Check temperature still 39 degrees, check pressure rendah and ask me to do full test (blood test and urine test) sebab aku xde symptom denggi and diorang takut aku terkena jangkitan lain. Kat sini ade drama sikit, when company tak cover untuk buat full medical check up and aku pulak tak cukup cash sebab dah berapa hari aku terperap kat rumah mana ade tenaga nak draw duit. And bila aku cakap aku nak bayar pakai credit card diorg xnak terima, Kat sini la pekerja klinik call HR mintak buat payment and mintak diorg buat salary deduction untuk aku later. Nasib baik HR accept. Baru la proceed untuk test aku. So, settle semua dah pukul 12 ke 1 mcm tu and aku dapat lagi 2 days MC sampai 3rd Nov 2016. Bila keluar dari klinik, aku kena ambik masa rehat jap baru drive balik sebab sebelum tu aku singgah beli air and roti kat kedai and aku rasa macam energy aku betol2 flat. Dah drive sampai rumah, rehat jap and kat sini start perjalanan naik tangga paling sadis. Setiap 5 anak tangga aku akan berenti duduk dalam 10 minit sebab tak larat teruk. Sampai je dalam rumah kali mmg tergolek sempat tutup pintu je. Lepas bangun aku paksa diri makan jugak roti dengan juice yang aku beli tadi makan ubat demam and antibiotik yang klinik bagi. Dalam pukul 11 malam baru aku rcv call dari klinik mintak aku pergi clinic amik reference letter untuk pergi hospital. Time tu aku dah tidur and aku xnak susahkan sape2 aku cuma cakap boleh tak esok pagi sbb aku tak larat and aku rasa xde org boleh hantar aku time tu. So aku sambung tidur.

2nd Nov 2016 - Wednesday
Hari ni dah teruk tak larat. Memang pening teruk. Aku mandi sambil bersila. Aku msg adik aku mintak dia datang ambik aku hantar gi hospital. Since dia keje dalam pukul 11 AM baru dia sampai. Aku packing ala kadar sebab tau bakal admitted  and bila dia sampai aku mintak dia yang drive. Pergi klinik amik reference letter, terus pergi Hospital Shah Alam. Memang tak larat tahap kalau boleh nak merangkak. Tapi parking dengan register kecemasan punya la jauh. Nak x nak kena la berjalan, pergi register and kena tunggu super long. Aku rasa aku sampai sana pukul 12PM tapi pukul 3 ke 4PM baru aku dapat settle semua and dapat masuk red zone. Until to that moment aku still jalan sendiri even dah mengadu aku tak larat gila kat doctor. Bila dah masuk red zone baru aku dapat baring and 1 by 1 doctor datang check and tanya few question. And aku rasa saat cemas bila doctor keep on cakap tak boleh baca pulse rate aku. Keep on tepuk2 tapi aku still sedar and tengok dia. Dia dah bagi arahan untuk cepat-cepat drip aku. 3 jarum kat tangan aku x tau la ape lagi diorg drip masuk and this the moment aku kena rasa kencing guna tiub. And dlm pukul 8 or 9PM mcm tu aku terus kena tolak masuk ICU. Masa ni teh adik aku baru sampai so dia ikut je la aku kena tolak. And masa ni aku kena tukar pakai baju hospital and di pakai kan pampers and aku cuma mampu berserah je ape diorg nak buat. Barang2 aku mmg x boleh ade dalam tu termasuk hp jadi semua dengan adik aku, dia la yang tolong reply segala msg yang masuk, sebab aku mmg x dibenarkan pegang phone. Malam tu baru ade sorang doctor bagitau aku kenapa aku masuk ICU, dia cakap platelet count aku dah tinggal 14 and pulse rate aku tak boleh nak baca sebab terlampau laju dan darah aku terlampau pekat. Sebab tu diorg kena drip aku cepat and kena duduk dalam intensive care untuk monitor aku. Memang orang aku x dibenarkan bangun langsung. And pelekat segala benda untuk check pulse rate, blood pressure. Drip memang non stop and every 2 hours diorg datang amik darah. And paling tragis bila diorg try untuk cucuk few more place kat tangan aku. 1st doctor dah notify dah tak boleh dah but got another chinese ladies doc try jugak. And for the 1st time aku menjerit after few try, sbb that moment darah dah berhambur tapi dia keep on trying and forcing nak cucuk tempat baru tanpa ubat kebas. Aku bukan penakut jarum, aku dah kena cucuk berapa kali dalam hari tu, tapi I cant take it that thing anymore, dia buat aku mcm ayam je main cucuk tarik cucuk tarik. Dah kena jerit baru berhenti and menggelabah. Nasib nurse yang kena jaga aku tu cukup baik, dia yang cuci darah tukar plaster.

3rd Nov 2016 - Thursday
Aku still dalam ICU, still di kawal ketat. Aku tengok orang lain semua x sedar diri, tapi aku pulak terkebil2 tengok sekeliling. Memang xde energy sgt aku cuma mampu tidur and bangun. Makan pon tak de selera. Aku cuma dapat pegang phone bila adik aku sampai. Tapi kejap je tu pon dah ptg. Masa dalam hospital aku sendiri tak perasan timing. And sebenarnya aku lost count hari and jam. Sebab aku xperasan dah siang ke malam ke pagi ke. Tapi nurse yang jaga aku mmg baik dia yang suap aku makan and layan aku. Aku x sempat say thanks pon and nama pon aku x ingat. Nampak tak betapa aku blur2nya time tu. And ptg tu aku di transfer pegi zon kurang kritikal tapi still dlm ICU and malam sikit diorg dah transfer aku pergi normal ward. Time ni teh datang hantar air and hantar brg2 aku and finally aku boleh pegang phone.

4th Nov 2016 - Friday
So hari ni aku dah rasa aku tak demam dah cuma still x la sekuat selalu. Abah pon dah sampai dari kampung dah siap buat sup ketam. Tgh hari tu makan nasi lauk sup ketam la aku hasil air tangan abah. Izni and Aida sempat jengah and bawak buah. Petang tu doctor datang nak ambik darah for final round before aku discharge. Dia tengok je tangan aku termenung sebab semua dah lebam. Sedih time dia kata kesiannya tangan awak semua dah lebam tapi saya kena cucuk jugak ambil darah sebab kalau tak awak tak boleh discharge. Aku nak nangis dah rasa time tu, sebab at least doctor ade jugak rasa kesian kat aku. Lepas ambik darah dalam pukul 4.30 mcm tu diorg tolak aku tempat paling depan dalam normal ward maybe dah ready nak discharge kot. Petang tu sempat la Apist, Alkena, Ozy, Mang and Ayah alkena dtg melawat. Bergurau lebih kurang dengan diorg. And masa nurse ckp aku dah boleh discharge and bagi bill cepat apist yang ambik. Memang rasa serba salah, so aku tanye nurse berapa and bila nurse ckp untuk denggi kes selalunya free. So, aku biarkan je lah. Sebab aku tau kalau ade amount sure diorang yang akan settlekan. Sebab diorg betul2 sahabat jatuh bangun aku, xde namanya nak berkira dengan aku. So pukul 7 lbh kurang teh sampai terus la aku balik and aku dapat MC start 1-14 Nov.

Lepas discharge, rehat di rumah kejap. Time ni still tak kuat sgt tapi better dari a day before admitted tu. Hari ahad abah terus bawak balik kampung and stay dalam seminggu kat kampung. On 14th Nov 2016 ade follow up check up. Alhamdullillah, semua dah ok and the next day aku dah start kerja.


Masa aku sakit ni, aku belajar banyak benda.

Aku kena redho bila tu bukan rezki aku, kan sepatutnya aku pergi KK semua dah bayar tapi di sebabkan sakit nak xnak aku kena lepaskan and terima je yang tu rezki aku.

Aku tau sape yang selalu sayang and akan ade untuk aku. Memang tak terucap terima kasih untuk family aku and sahabat2 aku yang tak pernah tinggalkan aku dalam kesusahan macam tu dan selalu doakan ke sejahteraan aku. Yang sanggup datang dari jauh and tinggalkan kewajiban lain untuk jenguk and happykan aku. Berkongsi pengalaman bila ada benda2 pelik terjadi kat aku.

Bila sakit juga aku tau betapa kecilnya aku sebagai hamba Dia. Bila-bila masa nyawa aku boleh hilang masa tu, tapi Dia still bagi aku kesempatan untuk aku sujud dan memohon  keampunanNya.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah.

Thanks pada yang dah banyak membantu aku sepanjang aku sakit family, kawan2 and kaki tangan hospital Shah Alam. Hanya Allah yang dapat membalas budi semua. Itu ja mampu aku ucapkan.

Panjangnya post kali ini... cukup2 lah dulu...

The End
Assalamualaikum.

Thursday, January 02, 2014

Bye Bye 2013... Welcome 2014!!!

------
2013
------

Good or bad
Happy or sad
Good moment or broken heart
I believe all that will develop a better me
Thank you for all the lesson

************************************

------
2014
------

Easy or hard
Smooth or complicated
Cheers or tears
I believe everything happen will have their own reason
I'm ready so bring it on!!!


Thursday, March 28, 2013

29 on 28

Today has come
I'm 29 now
1 more step to 30
Nothing much special for today
Same like the previous day
Just my age increase
:D


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 27, 2013

28 Gonna End Soon

Detik- detik akhir berangka 28
Esok, tepat jam 2 pagi sudah 29
Dah tua rupanya
Next year 3 series pon bermula
Kalau kereta dah harga ratus ribu
Tapi aku... hehehe... aku tak tau
28 banyak mengajar aku apa yang aku kurang di tahun-tahun sebelum
Family... Friendship... Relationship...
Semua sisi aku di uji
Tapi aku bersyukur aku masih bertahan
Sampai saat ini
Semoga aku terus kuat dan bertambah kuat di angka 29
Amin...


Wednesday, March 28, 2012

I'm 28 on 28

Today is the day... Now I'm 28 years old on 28th of March 2012... hehe... tua sudah mak, noks... a lot of surprise n wish from my dear n my fren... Even hari ni the actual date, tapi ada jugak yang da celebrate kan lebih awal... itu yang paling surprise sebenarnya aku sgt tak sangka coz that time kami just plan to cross the border, and aku sangat tak perasan masa bila diorg buat preparation beli kek before we cross the border...

Sgt tere la kanak2 tua yg reramai itu mengaburi mataku... tapi serius... best... itu satu kejutan... tgh happy2... tiba2 mata kena tutup dr belakang... nahhhh da dengar org nyanyi lagu birthday dah... perghhh... terharu makkk... hehehe... lagi surprise tgk kek tu... aku tak pernah tgk lagi kek macam tu... kwn2 aku ni rupanya kretif... sanggup beli kek yg kira harga spotong2 dari beli sebiji kek utk buat kelainan... and mmg cantik... sbb nye dlm 1 cake... dpt tgk more than 1 deco... (korang ade???) 1 more thing... dlm sebijik cake ade mcm2 flavour... mana nak dpt kan??? mwahahahaha... jgn jeles... sebab aku dapat... diorg create sebijik cake hasil combination of cake dr secret recipe... aku terpegun memandang kek tu sbb rs mcm unique + special... thanks guys... rynn sgt suka kek tu... kek terbaik rynn pernah dpt :)

And last nyte... tepat jam 12 tgh malam ade la hamba Allah sorang ni tunggu kat parking lot... sian dia... aku da tetido... dekat 10 kali call aku tak pickup... mesej aku x reply and what's app yg aku tak balas... nasib baik la aku terbangun beberapa minit kemudian... hehehe... terkejut bangun terus tgk tepon... dengan rasa bersalah terus aku call dia tanya kat mana... nasib baik still kat parking lot... kalau x sian weyh... x dpt jmpa aku... :P hehehe... btw... thanks dear for the roses and chocolate... damn love it... n love u too (ini harus!!!)... (^_^) malam nnt kita dinner sama2 yer... lalala...

Selain tu... ucapan selamat hari lahir yg tak putus2 kat fb lah... hehehe... dr tgh mlm semalam berbunyi2 ting tung ting tung... hehe... thanks guys utk smua wish2 tuh... really appreciate it... and May Allah bless all of us...

I'll continue this post... kalau ade perkara menarik lain yang berlaku pada hari ni... buat masa ini... ini saja yg mampu aku ungkap...

Thanks so much for all the wish...
Thanks for all the joy and surprise
Thanks for the roses and chocolate
Thanks for being a part of my life
May Allah bless all of us

Love you guys!!!

Thursday, March 01, 2012

March Datang Lagi

Pejam celik pejam celik, March datang lagi. Kejap je kan??? Hari ni da masuk hari pertama bulan ketiga untuk tahun 2012. Baru 2 bulan berlalu, tapi da banyak yang berlaku. Happy moment and sad story pon ada. Tapi biasalahkan, adat hidup kat dunia. Ada up and down. Tapi aku tetap bersyukur, di sebalik setiap ujian aku nampak hikmahnya dengan jelas.

Bulan ni usia aku akan bertambah setahun lagi, phew... gonna be 28 on 28... lalala... harap- harap tahun ni akan lebih baik dari tahun lepas. Alhamdullillah most of my hajat tahun lepas dapat di realisasikan and now time for setup new target to achieve even some of it da pon ditunaikan... ( takpe2 cari target baru lagi... hehehe...) and some of it da pon dlm schedule cuma tinggal menunggu tika dan masa saja untuk di realisasikan.

Dalam bulan ni jugak ada dua main aktiviti yang akan aku buat... this weekend ( 3rd and 4th March) aku, kwn aku, my ex classmates n beberapa org kenalan baru mahu menawan puncak ledang and tengok matahari terbit di sana. And on the next weekend (9th to 11th March) aku and kawan aku mau terbang ke Singapore. Sebenarnya ni impian aku dari kecik lagi nak pergi ke Singapore, sebab dulu abah aku kerja kat sana and aku jarang dpt jumpa abah masa tu. Masa umor 8 tahun Abah aku janji, kalau aku dpt nombor 1 dlm kelas abah nak bawak aku jalan-jalan kat Singapore. Alhamdullillah, memang aku dpt no. 1 pon. Tapi keadaan masa tu tak mengizinkan and aku paham kenapa abah tak dapat bawak aku pegi sana. Aku takkan pernah mintak abah tunaikan janji dia yg 1 ni sebab apa yang dia da korbankan untuk aku adalah lebih daripada janji abah utk percutian ke Singapore (Buat cerita syahdu la plak...) Hehehe... takpe sekarang aku rasa aku mampu untuk realisasikan sendiri impian aku masa kecik... so before umor aku 28 aku nak tunaikan impian aku 20 tahun lepas yang telah terbengkalai itu.

InsyaAllah, I'll share my experience while mendaki Ledang and experience bercuti ke Singapore in my future post. (^_^)

Aku mohon kepada Allah, semoga Allah di permudahkan segala urusan. Semoga semua impian aku, family aku dan kawan-kawan lain mampu di laksanakan dgn jayanya... Dan semoga semuanya baik2 saja. Amin...

Wednesday, June 29, 2011

Keras Kepala VS Keras Hati

Pelik sebenarnye bila ada org ckp aku keras kepala, sebabnya base on my parents diorg ckp aku bukan degil, boleh tanya mak ( Puan Zaiton) n abah (Encik Ku Zulkiffli) kalau tak percaya. Tapi diorang cakap aku ni keras hati, kalau aku da nekad itu, jadi itu je lah aku buat.

Ada different tak between keras hati dan keras kepala??? Rasanya ade... mari aku cuba kupaskan mengikut pandangan aku... :D

Bagi aku keras kepala and keras hati ni sama tapi tak serupa. Keras kepala ni more kepada negatif side la... jenis yang tak bole trima teguran langsung. Apa2 sume kena ikut kepala dia je. ape orang lain cakap semua tak betol. (apa pon x bole lah kiranya)

Tapi keras hati ni lain, dia cuma tegas bila buat keputusan. Susah nak ragu2 dgn apa yg dia nak buat or keputusan yang dia pilih. Dia tak degil, tapi orgnya ade pendirian yang teguh. (Macam aku... :P ) . Dia still akan menerima teguran, xkan membantah kalau ape yg org tegur tu betol. Cuma ikut dgn x teguran org tu, still terpulang dgn dia la.

Kalau aku, aku nak cakap keras kepala tu tak sangat, tp almost kepada keras hati. Aku akan buat apa yg aku rasa patut untuk diri aku. Kalau ade yg org tegur benda tu tak betol or tak elok. Aku cuma akan dengar and tak membantah. Kalau teguran orang tu teguran yg elok aku akan cuba pertimbangkan teguran tu, tp kalau teguran tu x masuk akal. Aku dengar jugak tapi masuk telinga kanan kuar telinga kiri, tp nama aku nak membantah tu tak la.

Tapi kadang2 aku pon ade ms keras kepala gak kot. Bila aku rasa aku tak bersalah tapi dipersalahkan atau orang yg tegur aku buat benda tak elok, padahal dia buat benda yg lagi truk dr aku. tak pon aku degil2 manja, bukan niat nak melawan tapi saja nak mintak perhatian (mengada a.k.a mintak puji, reti???)...

Ok cukup lah stakat ni aku merepek, tunggu post lain plak la yer :D

Friday, June 24, 2011

Autobot Bertukar!!!

While I'm listening HOT FM this morning, saya dengar iklan KFC psl lappy nye soft case tu... ade perkataan "Autobot Bertukar!!!". Suddenly I'm laughing... kekekeke... sbbnye tringat cerita Jangan Pandang Belakang Congkak... bila smpai tengah malam 3 org tu nak bertukar jadi hantu diorg sebut "BERTUKAR!!!" kekekeke...

Opismate (Mr. Allen Gan) trus pandang saya and tanya "U ok or not???"... sambil sengih saya pon cakap "I'm ok, dont worry" kekekeke...
Ni kes diorg x tau aku tgh layan radio... biase la.... nak lyn radio pon kena curi2 owh kat opis ni :D n satu kes lg maybe sbb yesterday they saw me crying damn bad... pk2 blk malu aku... tu la ssh betol kenal dgn TALAM PAKAI TOPENG SHREK ni...

Tapi xpe, semalam maybe hari aku. Redho je la dgn suratan kehidupan aku. Tapi hari pon hari aku jgk... hari utk aku kembali bangun...

Ku Zurina Elyza, GAMBATANE!!! p(^_^)q
Ingat selalu dlm hati; "Everything happen for a reason, if He take something from u He'll give something better later. Just wait and see. Hidup kena penuh dgn sabar ok!!! Terus melangkah dgn penuh semangat ^_^ "






Wednesday, June 01, 2011

25 Things About Me

Huhuhuhu... lepas baca entry bro AYEN 25 thing bout dia now saya pon nak jgk

  1. Nama penuh a.k.a nama dalam I/C : Ku Zurina Elyza Ku Zulkiffli
  2. My nick, frankly speak... x ingt... sbb byk sgt... yg ingat cuma nick yg biasa org panggil jer. Such as: Zurina, Along, Rynn, Una, FairLadyZ, LoVe4m3, Ina yg the latest Ely n L (da mcm dlm crita death note plak... kekekeke...)
  3. DOB: 28th of March 1984 (Tahun Tikus, Zodiac Aries)
  4. Anak no 1 a.k.a anak sulong from 5 siblings
  5. Saya seorang software developer kalau dlm BM Pembangun Bahan Lembut/Gebu (pelik plak kalau direct translate ni...) a.k.a Pembangun Perisian Komputer... atau dalam bahasa mudah programmer/pengaturcara. Pernah jd Online DJ Radio Secara suka2 kat our own radio SantaiFM
  6. Pernah study kat TADIKA Batu 9, Jeniang ,SKYK, SKBG, SMKBJ(a.k.a Sek. Model Khas Bukit Jenun), SMKP, UiTM (Perlis & Shah Alam)
  7. Saya sgt addicted dgn internet & FB. ( I can live a year without TV but I cant live even a day without an internet... sampaikan sanggup on9 guna phone even a bit pricey )
  8. Saya sgt suke dgn programming and logical world (mmg keje bidang tu pon), paling happy kalau dpt solve problem before due or dlm ms yg singkat.
  9. Benda paling saya syg buat masa ni... Handphone (dua ketul nokia tuh) & My Lappy (Devilish Angel)... Must have either 1 with me la... kalau x ssh mo on9 huhuhu...
  10. Saya sgt suka snap pic sndiri... n suka snap pic for fun tp depends on situation lah...
  11. Favorite color... white... sgt suka even ssh nak jg... sbb mudah kotor... tp it doesn't mean I cant accept others la... suka jgk hitam... kaler lain ikut la mn sesuai dgn keadaan...
  12. Saya agak chubby (Height: 162cm/ Weight: 75kg )
  13. I've dark brown eyes (gen sebelah abah nih)
  14. Some people said I'm fair but I do believe that I'm tan. :D
  15. Saya sgt lasak, I don't mind if u wanna ask me to climb a mountain, or go camping in the jungle. Saya sgt2 suka...
  16. Saya suka laut, pantai, air terjun, snorkeling, kayaking, water rafting n etc
  17. Saya suka kucing, arnab, sugar glider n segala binatang gebu yg lain
  18. Saya x suka katak (sebab badan dia basah n lembik n menggerutu) n cicak (coz slalu faced bad experience dgn cicak, lg pon cicak ni suke berak merata2)
  19. Saya ada banyak ekor teddy bear, tp xde 1 pon saya beli sendiri and yg bg pulak bukan dr couple2 saya... sumenya kawan saya yg bagi.
  20. Saya suka shopping... huhuhuh... kdg2 manageable kdg2... parahhhh... especially kalau sy jmpe brg yg sy suka dan mmpu milik... mmg abissssssssssssssss...
  21. Saya allergic dgn mee kuning (ni kalau makan bole buat sy kena diarrhea) and camera (yg ni pantang tgk msti sibuk nak peace a.k.a posing)
  22. Maybe coz of terlampau trikut my mom nye style... saya kdg2 sgt2 la outspoken... phew... kdg2 kesian jgk ngan diri sendiri... yg ni my mom pon ssh nak ckp ape... agak talkative gak lah(a.k.a kuat merepek like kerepek)
  23. Mak saya selalu cakap saya ni sgt2 la lurus... bukan mak je abah pon slalu ckp yg sama... tp bukan dlm semua hal la... sometimes saya bole negotiate and sometimes saya sgt2 tegas orgnya (standard anak sulong la kan)
  24. Saya sangat mudah berkawan n mencari kawan, I dont mind if saya yg mulakan perkenalan (tp dgn gurl je la... kalau laki susah la sikit)
  25. Ni mybe org x tau pasal saya unless dia btol2 rapat ngan saya, saya sgt senang menangis. tp cepat reda... especially kalau sy bukan sorg2... n saya akan cuba sorokn tangisan saya sedaya upaya supaya org x nmpk... phew malu owh kalau org tgk saya nangis... =P
ok da abis da... tp mcm byk lg je x tulis nih... =_=" next time la sambung :D