Wednesday, November 30, 2011

Mr. Vell

Relax... jangan terkejut... cuma nak kenalkan my new husband saya je... hehehe...

Nama Penuh: Angelish Devil
Nickname: Mr. Vell
Tarikh Lahir: 15 November 2008
Tarikh Nikah: 20 November 2011 (20112011 ngehehe...)
No K/P: PHY1333
Race: Toyota Vios G

Gambar berukuran poskad adalah seperti yang tertera di bawah...


We are just married... hehehe... tapi saya yang kena bela husband saya bukan husband saya yang bela saya...

HARAP MAKLUM!!!

Thursday, November 17, 2011

Ombak Rindu




Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Wednesday, November 16, 2011

Kita Tunggu Saja

Dek kerana teguran yang kau tak mampu dengar
Dek kerana kenyataan yang kau tak mampu terima
Lalu kau senyum dengan bongkak
Dan terus engkau menyalak
Dengan harapan suara kau di dengar
Oleh mereka yang pekak
Menilai cerita dari sebelah pihak
Dan kemudian sibuk menembak
Habis peluru nanti mesti tersedak
Tunggu ja masa tu, aku nak gelak



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apa Lagi?

Aku rasa aku dah ikhlas lepaskan kau
Tapi kenapa aku masih dipersalahkan di setiap wujudnya kau dalam hidup aku selepas itu?

Aku rasa aku dah ikhlas maafkan kau
Tapi kenapa kau masih menurut jejak menagih simpati aku untuk terus wujud di masa depan aku?

Aku rasa aku dah ikhlaskan apa saja dengan kau
Dengan harapan kau sudah tak punya alasan untuk terus membayangi setiap langkah aku

Kenapa kau masih mencari?
Tak cukupkah dia untuk kau?
Atau apa lagi?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 11, 2011

111111

I just wish on this that nothing bad happen. Alhamdullillah, everything ok. Bukan ape since early of this year, pada tarikh2 yang konon katanya keramat nih aku asyik di timpa musibah (uuuiiii... mcm dasyat ja bunyi). xde lah... 1.1.11 aku hampir di langgar dgn kete kembara, sbb driver tu asyik sgt duk sms smpai org bagi signal pon x prasan.

Tapi on 6.6.11 aku ade la brita happy sikit, sebab aku dapat anak buah pertama. Finally, aku bole jadi mummy... ngehehe... Ni lah buah hati pengarang jantung aku buat masa ni. Adeeb Iffat Bin Najmi.

Adeeb Iffat and Mummy
Tapi after 3 days Iffat lahir, my mom's dad (atok a.k.a tok wan aku) plak passed away. Happy sekejap je la. Tapi adat hidup as human being la, mesti ade people come and people go. Redho je lah.

Lepas tu on 110711, kali ni aku betol- betol eksiden. Memang flying without wing lah aku hari tu. 3 hari jugak lah aku MC. Memang hazab la jugak sampai kan bernafas pon susah, mana taknya aku landing atas jalan mcm superman pada hari kejadian. Motor aku, haih... setel duit aku simpan stand by utk preparation raya. Sangat menyedihkan.

Hari ni, pada 111111 aku xpernah la mintak yang bukan-bukan such as a berita baik yg bukan-bukan or dapat jodoh n etc., utk aku just enough aku and family aku selamat hendaknya. Apa pun tarikh ni akan berlalu beberapa jam je lagi and I hope nothing bad gonna be happen la.

For those yang melangsungkan perkahwinan pada hari ni, aku ucapkan selamat pengantin baru & congrates. For those yang face nasib malang... erm bukan nasib malang la tapi nasib tak menyebelahi, jangan bersedih. Bear in mind, Dia sedang menguji kamu kerana Dia tengah merindui kamu. :)

Tarikh ni memang unik, bukan sebab straight 1 tapi sebab takkan ade ulangan tarikh 11.11.2011 sampai bila-bila jika tanpa izinNya. Bukan 11.11.2011 saja ya, same goes to other date. Semua tarikh adelah istimewa and unique. Takkan ada 10.11.2011, 28.03.1984, 21.05.1958, 20.01,1962 or tarikh-tarikh lain yang akan di ulang dalam kalendar. Betol tak? So ape bezanya? Kan? :)

Ok lah, thats all for this post. Saja je la nak jugak buat post hari ni, sebab nampak suma orang post pasal tarikh ni. Ngahahaha... Ok, Bye! :P



Thursday, November 03, 2011

Bila Aku Jatuh Cinta



Bisakah ku tanpamu?
Bilakah ku tanpamu?
Hatiku mulai rapuh
Hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu?
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah
Hanya untukmu
Relakah ku tanpamu?
Relakah ku tanpamu?
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu,
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah



Tuesday, November 01, 2011

Hujan: Rahmat Atau Bala

Akhir- akhir ni hujan selalu saja turun, tak kira waktu. Kadang2 sampai membuat orang macam aku mengeluh sebab sebab susah nak pergi and balik kerja, almaklumlah merempit. Kalau hujan, maksudnya konfem akan sampai rumah dalam keadaan basah kuyup. Kadang2 sampaikan kita ni lupa, hujan itu sebenarnya rahmat. Benarkah rahmat? Kalau rahmat kenapa sampai terjadinya banjir? Bukan banjir itu bala dan punca kepada kemusnahan? Kembali istighfar wahai sahabat- sahabat ku. Ada penjelasan di setiap apa yang di turunkan olehNya.

Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah R.A. katanya, dia mendengar Aisyah R.A., isteri Rasulullah SAW bercerita,

"Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah SAW sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah, "Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa." Jawab baginda, "Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat."
(Hadis riwayat Muslim)

Hujan adalah bukti kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Dalam Al-Quran, Allah menurunkan hujan ini hanya dalam 2 perkara iaitu sama ada untuk memberi kesuburan (rezeki) kepada sesuatu tempat ataupun ia adalah satu bencana kepada sesuatu kaum.

Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!
(Hud 11:52)

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; (Faatir 35:27)

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
(Al-A'raaf 7:84)


Jadi kita kena paham bila kita di timpa bencana kerana hujan, itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita, yang cuba mengingatkan kita tentang kekuasaanNya. Masih banyak lagi ayat-ayat Al Qur'an yang menyatakan bahawa hujan adalah salah satu bukti kebesaran Allah dan juga reason kenapa hujan di turunkan. Oleh itu, tak patut rasanya kita sebagai hamba yang beriman denganNya mengeluh dengan rahmat dan bukti kebesaran Yang Maha Pencipta. Apa yang aku kongsi di sini adalah ingatan utk semua yang membaca dan juga diri aku sendiri. Semoga kita tidak lagi merungut bila hujan turun dengan lebatnya yang kadangkala menjadi penyebabkan aktiviti yang telah dirancang tergendala. Kita tak tau rahmat di setiap pemberianNya jadi bersyukurlah dengan segala ketentuanNya.

Renung- renungkan dan selamat beramal!!! V(~_^)V