Friday, November 18, 2016

The Ugly Duckling

Tajuk da macam fairy tale la plak, kan??? Tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal anak itik atau anak swan pon. Aku nak cerita pasal anak orang (aiks... ayat macam nak gosip2 la plak...)... Ooopppsss... jangan pikir bukan-bukan eyh, sebab ini bukan ruangan gosip ya. Aku cuma nak berkongsi peel manusia-manusia yang aku kenal dan aku takkan sebut nama-nama beliau ini. Ini bukan nak mengaibkan sapa- sapa cuma sebagai renungan kita semua.

Once upon a time (chewwwahhhh... intro xmo kalah...), aku ni dulu agak boyish la, ala- ala tomboy gitu. Dress up ala jantan, dengan jeans gedabak, dengan baju over size, dengan rambut pendek... pendek kata gila selekeh la. Lipstick, eye shadow, blusher, compact powder kalau letak depan aku, aku gerenti... aku kenal lagi, sebab mak aku pakai... HAHAHA... :D tapi aku memang tak suka la benda alah tu. Aku pon tak tau kenapa aku nak sangat jadi macam lelaki masa tu. Abah aku relax jer, sebab bagi abah, abah memang suka anak-anak dia nampak kental and pandai berdikari, sebabnya bagi abah nanti orang takkan senang-senang dapat buli anak dia. Lagipon aku anak sulong so kena jaga adik- adik masa tu. Mak memang la ade la suh aku berubah tapi in term of dress up je la. Tapi masa tu aku rs rimas plak nak dress up girly- girly tu... memang aku sendiri rs geli la bila nak nampak girly2... ngehehehe... ni lah rupa aku dulu- dulu.

While I'm 18, ensem x??? Hahaha...

Ni plak masa umur 15 dgn kwn baik aku, yg sblh kiri tu aku.


Sangat selekeh kan, housemate aku pon kata aku selekeh bila aku tunjuk 2 pic ni kat dia huhuhuhu... Sejak bila aku berubah??? Aku pon tak pasti, tapi perangai still ada kasar- kasar cuma bole berubah mengikut keadaan, bukan hipokrit tapi lebih kepada profesional. Tapi dress up totally change la kot. Da pandai simpan rambut panjang, da pandai make up even tak la yg mcm mak andam tu, da pandai pakai baju- baju pompuan, da pandai pakai high heel (kalau dulu kompom aku kluar pakai slipar jamban ja la bila nak kluar, skrg da x lagi, kalau pakai sliper pon paling murah sliper 'ticket' tu la). Most of the thing aku tak jadi pon swan, aku masih lagi aku cuma 'cover' je da modified sikit. ngehehehe...

Tapi apa yang aku terkilan kat sini and apa yang aku nak highlight, Is it all people in this world will judge other people based on their look??? Is it true orang akan suka kita bila kita cantik/ hensem saja??? Ok, ni bukan benda baru la aku dengar, da banyak kali aku dengar and orang cakap dengan aku. Antara dialog-dialognya berbunyi begini.

"Weyh, awat hang nampak lain sangat. Dulu nampak macam tomboy, la ni da cun owh. Kalau ang dari dulu mcm ni, konfem dulu aku ngorat hang. Awat baru la ang brubah? Nasib baik aku da kawen kalau tak memang aku ngorat ang la weyh."
(Weyh... kalau hang belom kahwin pon belom tentu aku nak terima bila hang ngorat aku... sebab hang bajet hang hensem nak buat ayat macam tuh?)

"Da lama da aku suka dengan hang, tapi tak berani nak cakap. Tapi kan la ni hang makin cantik ni yang buat aku lagi suka dengan hang."
(Ewww... kalau betol da lama suka, kenapa hari ni baru nak ckp sedangkan dulu tiap- tiap hari hang jumpa aku and lepak sama-sama kot, bila-bila masa pon hang nak ckp bukan ada orang pon nak tembak hang tapi kenapa bila aku da berubah baru nak cakap? Motif???)

"You look different now, kalau I tau U cantik macam ni, memang I xkan break-off dengan U dulu. U nak jadi GF I lagi tak?"
(Of cos la I tak mau, dulu U nak sgt dengan orang lain so pergi je la... I x kisah pon)

"Awak sekarang da lain la, awak tak nak ke jadi girlfriend saya balik?"
(Sorry, awak da tak de dalam senarai saya. Kalau nak kwn bole, nak jadi gf awk balik??? No no no... )

and etc...

Yang menjadi persoalannya, adakah penampilan tu bole buat korang bahagia sampaikan kerana perubahan image yg aku buat, then orang- orang seperti yang di atas jadi mcm tu. Bagi aku luaran takkan bawak kita ke mana-mana pon, once DIA nak tarik balik all those thing akan hilang sekelip mata. Adakah bila semua tu dah tak de, orang- orang yang mcm di atas tu akan stay lagi by my side? I dont think so.

Aku memang bersyukur dengan anugerah yang DIA kurniakan pada aku tapi aku masih sedar aku jugak ada kekurangan. Aku tak kata aku cantik sangat, tapi bagi aku semua manusia tu cantik and sempurna kerana apa saja ciptaan Yang Maha Pencipta itu adalah indah. Cuma manusia perlu bijak menilai dan mendefinasikan cantik itu sendiri. Cantik itu abstrak tak semestinya hanya pada luaran. Kalau luar bagus tapi dalam bangkai pon tak guna. KAN???

Bagi aku, aku berubah bukan sebab nak grab others attention. Aku buat sebab mak aku nak tgk aku jadi perempuan and sebab diri aku sendiri kerana aku rasa da sampai masanya aku jadi perempuan. Sebenarnya aku tak perlukan orang- orang yang suka aku sebab 'cover' aku. Kalau seseorang tu nak suka aku biar dia ikhlas terima aku seadanya aku. Yang berubah cuma luaran aku, tapi dalaman aku... aku masih insan yang sama yang diorang pernah kenal. Bezanya sekarang aku lebih matang dari sebelumnya untuk menilai pujian itu ikhlas atau sekadar bermulut manis.

(P/S: Apa yang aku cerita adalah berdasar apa yang aku sendiri pernah alami, bukan nak mengaibkan sapa2, cuma aku harap insan- insan kat luar tu ikhlas dalam menerima setiap ciptaan Allah di muka bumi ini.)



Wednesday, November 16, 2016

Selangkah Dari Ajal

Tajuk tak menahan tapi tu la hakikatnya kalau aku terlambat sikit lagi pergi hospital. Kalau ada yang tau, end of oct sampai pertengahan bulan 11 aku bercuti due to demam denggi. I didn't know and didn't expect nak experience penyakit yang boleh menyebabkan kematian ni and aku tak pernah berangan nak tidur kat dalam ICU. Seriously tak pernah and tak sangka and its happen a week before my plan untuk hiking Kinabalu. Bawah ni rentetan pengalaman aku masa kena denggi hari tu.

28th Oct 2016 - Friday
Aku still sihat walafiat masa pergi kerja and after balik aku ada date untuk lepak dgn Apist and family. Everything ok sampai la aku sampai rumah, start naik tangga rumah aku dah rasa tak larat and the moment aku sampai je rumah aku rasa hot and cold and super tired. So, aku decide just cuci badan and tidur berbungkus dalam blanket and x on kipas. Memang around 2 A.M aku bangun and aku berpeluh macam baru lepas berlari 1KM and aku continue tidur sampai pagi.

29th Oct 2016 - Saturday
Hari ni aku demam and tak larat. Suddenly, lost appetite. Luckily aku ni jenis suka restock buah kat rumah, so aku cuma makan buah and minum air kosong. Petang aku rasa teringin minum hot tea with cream cracker so buat lah teh 2 litre konon kata lapar sgt. Tapi end up aku cuma makan 4 keping biskut tu dgn 1 mug teh je. X suspect ape2 sbb aku ingat aku demam biasa je la.

30th Oct 2016 - Sunday
Aku still demam on this day, dah start x larat teruk tapi still x suspect ape2. Aku cuma harap aku ok the next day sbb aku nak pergi KK next 2 weeks. Rebus beras untuk bubur nasi and goreng pekasam yang mak buat ingat boleh la laju sikit makan. Tapi sama, lepas beberapa suap aku berenti. End up buah jugak la jadi makanan aku. This day aku mmg dah tak larat teruk. Dah start mandi duduk dalam bilik air.

31st Oct 2016 - Monday
Di sebabkan hari ni hari bekerja and aku still feel x ok, nak tak nak aku kena pergi klinik untuk ambik MC. Aku drive super slow sebab kepala aku pening and aku macam x boleh balance diri aku. Parking pon aku cari tempat xde kereta sbb takut x dpt nak parking betol-betol. Masuk jumpa doctor check temperature and blood pressure, doctor ckp temperature aku tinggi 39 degrees, tanya aku whether aku ada x few symptoms sbb takut aku kena denggi but semua negative so dia suruh aku buat blood test and dapat 2 hari MC. After let my boss know aku pun balik rumah. Ni baru aku perasan, aku tak larat teruk nak menapak naik tangga, the moment aku masuk je rumah, aku cuma kunci pintu x larat nak kunci grill aku tergolek dulu kat hall. Dalam pukul 5 klinik call and mintak aku datang skali lagi esok untuk buat 2nd round blood test, so aku ok kan je la since aku MC lagi esoknya. Hari ni pon sama xde selera, tapi aku sempat tapau roti canai and aku gagahkan makan roti canai tu je sampai habis and malam cuma makan buah je.

1st Nov 2016 - Tuesday
Wake up in the morning, that day i feel tired like even wanna wake up from my bed pon xde energy. So, I take my sweet time sampai pukul 10 baru bangun mandi sambil duduk. Slow-slow siap and turun nak pergi klinik. Hari ni memang rasa worst sgt. Tapi gagahkan jugak. Slowly drive and park kat klinik. Elok je my turn, doctor yang bertugas hari tu start membebel depan pc sbb marah doctor yang semalam. Platelet count aku dah 100 still suruh buat 2nd round blood test. So, nak tak nak dia buat check up jugak, Check temperature still 39 degrees, check pressure rendah and ask me to do full test (blood test and urine test) sebab aku xde symptom denggi and diorang takut aku terkena jangkitan lain. Kat sini ade drama sikit, when company tak cover untuk buat full medical check up and aku pulak tak cukup cash sebab dah berapa hari aku terperap kat rumah mana ade tenaga nak draw duit. And bila aku cakap aku nak bayar pakai credit card diorg xnak terima, Kat sini la pekerja klinik call HR mintak buat payment and mintak diorg buat salary deduction untuk aku later. Nasib baik HR accept. Baru la proceed untuk test aku. So, settle semua dah pukul 12 ke 1 mcm tu and aku dapat lagi 2 days MC sampai 3rd Nov 2016. Bila keluar dari klinik, aku kena ambik masa rehat jap baru drive balik sebab sebelum tu aku singgah beli air and roti kat kedai and aku rasa macam energy aku betol2 flat. Dah drive sampai rumah, rehat jap and kat sini start perjalanan naik tangga paling sadis. Setiap 5 anak tangga aku akan berenti duduk dalam 10 minit sebab tak larat teruk. Sampai je dalam rumah kali mmg tergolek sempat tutup pintu je. Lepas bangun aku paksa diri makan jugak roti dengan juice yang aku beli tadi makan ubat demam and antibiotik yang klinik bagi. Dalam pukul 11 malam baru aku rcv call dari klinik mintak aku pergi clinic amik reference letter untuk pergi hospital. Time tu aku dah tidur and aku xnak susahkan sape2 aku cuma cakap boleh tak esok pagi sbb aku tak larat and aku rasa xde org boleh hantar aku time tu. So aku sambung tidur.

2nd Nov 2016 - Wednesday
Hari ni dah teruk tak larat. Memang pening teruk. Aku mandi sambil bersila. Aku msg adik aku mintak dia datang ambik aku hantar gi hospital. Since dia keje dalam pukul 11 AM baru dia sampai. Aku packing ala kadar sebab tau bakal admitted  and bila dia sampai aku mintak dia yang drive. Pergi klinik amik reference letter, terus pergi Hospital Shah Alam. Memang tak larat tahap kalau boleh nak merangkak. Tapi parking dengan register kecemasan punya la jauh. Nak x nak kena la berjalan, pergi register and kena tunggu super long. Aku rasa aku sampai sana pukul 12PM tapi pukul 3 ke 4PM baru aku dapat settle semua and dapat masuk red zone. Until to that moment aku still jalan sendiri even dah mengadu aku tak larat gila kat doctor. Bila dah masuk red zone baru aku dapat baring and 1 by 1 doctor datang check and tanya few question. And aku rasa saat cemas bila doctor keep on cakap tak boleh baca pulse rate aku. Keep on tepuk2 tapi aku still sedar and tengok dia. Dia dah bagi arahan untuk cepat-cepat drip aku. 3 jarum kat tangan aku x tau la ape lagi diorg drip masuk and this the moment aku kena rasa kencing guna tiub. And dlm pukul 8 or 9PM mcm tu aku terus kena tolak masuk ICU. Masa ni teh adik aku baru sampai so dia ikut je la aku kena tolak. And masa ni aku kena tukar pakai baju hospital and di pakai kan pampers and aku cuma mampu berserah je ape diorg nak buat. Barang2 aku mmg x boleh ade dalam tu termasuk hp jadi semua dengan adik aku, dia la yang tolong reply segala msg yang masuk, sebab aku mmg x dibenarkan pegang phone. Malam tu baru ade sorang doctor bagitau aku kenapa aku masuk ICU, dia cakap platelet count aku dah tinggal 14 and pulse rate aku tak boleh nak baca sebab terlampau laju dan darah aku terlampau pekat. Sebab tu diorg kena drip aku cepat and kena duduk dalam intensive care untuk monitor aku. Memang orang aku x dibenarkan bangun langsung. And pelekat segala benda untuk check pulse rate, blood pressure. Drip memang non stop and every 2 hours diorg datang amik darah. And paling tragis bila diorg try untuk cucuk few more place kat tangan aku. 1st doctor dah notify dah tak boleh dah but got another chinese ladies doc try jugak. And for the 1st time aku menjerit after few try, sbb that moment darah dah berhambur tapi dia keep on trying and forcing nak cucuk tempat baru tanpa ubat kebas. Aku bukan penakut jarum, aku dah kena cucuk berapa kali dalam hari tu, tapi I cant take it that thing anymore, dia buat aku mcm ayam je main cucuk tarik cucuk tarik. Dah kena jerit baru berhenti and menggelabah. Nasib nurse yang kena jaga aku tu cukup baik, dia yang cuci darah tukar plaster.

3rd Nov 2016 - Thursday
Aku still dalam ICU, still di kawal ketat. Aku tengok orang lain semua x sedar diri, tapi aku pulak terkebil2 tengok sekeliling. Memang xde energy sgt aku cuma mampu tidur and bangun. Makan pon tak de selera. Aku cuma dapat pegang phone bila adik aku sampai. Tapi kejap je tu pon dah ptg. Masa dalam hospital aku sendiri tak perasan timing. And sebenarnya aku lost count hari and jam. Sebab aku xperasan dah siang ke malam ke pagi ke. Tapi nurse yang jaga aku mmg baik dia yang suap aku makan and layan aku. Aku x sempat say thanks pon and nama pon aku x ingat. Nampak tak betapa aku blur2nya time tu. And ptg tu aku di transfer pegi zon kurang kritikal tapi still dlm ICU and malam sikit diorg dah transfer aku pergi normal ward. Time ni teh datang hantar air and hantar brg2 aku and finally aku boleh pegang phone.

4th Nov 2016 - Friday
So hari ni aku dah rasa aku tak demam dah cuma still x la sekuat selalu. Abah pon dah sampai dari kampung dah siap buat sup ketam. Tgh hari tu makan nasi lauk sup ketam la aku hasil air tangan abah. Izni and Aida sempat jengah and bawak buah. Petang tu doctor datang nak ambik darah for final round before aku discharge. Dia tengok je tangan aku termenung sebab semua dah lebam. Sedih time dia kata kesiannya tangan awak semua dah lebam tapi saya kena cucuk jugak ambil darah sebab kalau tak awak tak boleh discharge. Aku nak nangis dah rasa time tu, sebab at least doctor ade jugak rasa kesian kat aku. Lepas ambik darah dalam pukul 4.30 mcm tu diorg tolak aku tempat paling depan dalam normal ward maybe dah ready nak discharge kot. Petang tu sempat la Apist, Alkena, Ozy, Mang and Ayah alkena dtg melawat. Bergurau lebih kurang dengan diorg. And masa nurse ckp aku dah boleh discharge and bagi bill cepat apist yang ambik. Memang rasa serba salah, so aku tanye nurse berapa and bila nurse ckp untuk denggi kes selalunya free. So, aku biarkan je lah. Sebab aku tau kalau ade amount sure diorang yang akan settlekan. Sebab diorg betul2 sahabat jatuh bangun aku, xde namanya nak berkira dengan aku. So pukul 7 lbh kurang teh sampai terus la aku balik and aku dapat MC start 1-14 Nov.

Lepas discharge, rehat di rumah kejap. Time ni still tak kuat sgt tapi better dari a day before admitted tu. Hari ahad abah terus bawak balik kampung and stay dalam seminggu kat kampung. On 14th Nov 2016 ade follow up check up. Alhamdullillah, semua dah ok and the next day aku dah start kerja.


Masa aku sakit ni, aku belajar banyak benda.

Aku kena redho bila tu bukan rezki aku, kan sepatutnya aku pergi KK semua dah bayar tapi di sebabkan sakit nak xnak aku kena lepaskan and terima je yang tu rezki aku.

Aku tau sape yang selalu sayang and akan ade untuk aku. Memang tak terucap terima kasih untuk family aku and sahabat2 aku yang tak pernah tinggalkan aku dalam kesusahan macam tu dan selalu doakan ke sejahteraan aku. Yang sanggup datang dari jauh and tinggalkan kewajiban lain untuk jenguk and happykan aku. Berkongsi pengalaman bila ada benda2 pelik terjadi kat aku.

Bila sakit juga aku tau betapa kecilnya aku sebagai hamba Dia. Bila-bila masa nyawa aku boleh hilang masa tu, tapi Dia still bagi aku kesempatan untuk aku sujud dan memohon  keampunanNya.
Alhamdulillah. Syukur ya Allah.

Thanks pada yang dah banyak membantu aku sepanjang aku sakit family, kawan2 and kaki tangan hospital Shah Alam. Hanya Allah yang dapat membalas budi semua. Itu ja mampu aku ucapkan.

Panjangnya post kali ini... cukup2 lah dulu...

The End
Assalamualaikum.