Steamed Bread Pudding
Bahan- bahannya:
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara Membuatnya:
- Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
- Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
- Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
- Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
- Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
*********************************************************
Custard Sauce
Bahan- bahannya:
400ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastad
1 1/2 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara Membuatnya:
- Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
- Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan.
- Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.
Look and sound yummy!!! Belum pernah cuba, but nak cuba buat nanti. Wish me best of luck ok :)
Sumber
No comments:
Post a Comment