Friday, January 03, 2014

Lagi???

Saat Ini
Hari hampir berganti
Tapi
Mata dan hati
Masih ligat mencari
Entah apa lagi
Entah kenapa lagi
Entah kurangnya di mana lagi

Tilam sudah aku bentang
Badan sudah aku regang
Niat sudah aku pasang
Apa lagi yang kurang

Pejamlah wahai mata
Aku tahu kau sudah tak daya terbuka
Tabahlah wahai hati
Aku tahu kau sedang merana
Entah kenapa
Entah untuk apa
Entah kerana siapa

Pejamlah
Rehatlah
Esok- esok masih ada lagi
Esok- esok masih banyak lagi
Eh...
Esok ada lagi ke?
Dah la
Nanti la fikir lagi



No comments:

Post a Comment