Monday, April 04, 2011

Suratan Kehidupan

After 4 months slepas abah masuk ke hospital, skrg giliran adik2 aku plak... Chik n Che Puteh. Diorg eksiden terlggar lembu ms diorg dlm perjalan blk ke rumah dr pekan Pendang, Maha Suci Allah, umur mereka masih lagi panjang.

Chik (My only bro) cuma patah 1 jari kaki and tapak kaki berlubang... smpai skrg xtau knapa tapak kaki dia bole belubang.

Teh (My sis), mcm lost her memory. Suka meracau2 seperti ada org lain bersama2 dgn dia. Dari keputusan scan doc ckp ade skt kesan lebam dkpala dia tp doc ckp x serius,dia akan ok cuma dia perlukan rehat yg cukup.

Ape pon aku ttp doakan diorg akn cepat sembuh. Aku harap diorg akan kembali mcm biasa utk memeriahkan blk umah mak n abah.

Tapi apa yg amat aku kesali, Aku xtau di mana silap kami 1 family, nasib malang menimpa kami berturut2... aku akur kalau ini takdir dari Dia. Tapi kenapa hati kecil ni selalu berbisik bahawa stiap apa yg jadi ni mcm drencana. Macam ada yg cuba nak memecah belahkan family aku. Tapi sape???
Tapi aku bersyukur, dgn ujian ini. Ikatan keluarga aku smakin kukuh. Semakin berat dugaan yg kami sekeluarga hadapi semakin kami merasa dekat walaupun berjauhan. satu masa dulu keluarga kami nyaris berantakan gara2 ada yg cemburu bila melihat kehidupan kami sekeluarga semakin berubah. bila kami adik bradik da bekerja, ada yg kurang sng. Sebabnya dulu kami serba kekurangan tapi skrg kehidupan kami sekeluarga bertmbah baik. Abah n Mak da boleh menuai hasil dr penat lelah mereka membesarkan kami. Tapi kenapa manusia tu ade prasaan iri hati, terlampau cemburu dgn kelebihan yg org miliki smpaikan sggup merosakkan kebahagian org lain?
Terpulang la pada insan2 tersebut, kalau ini membahagiakan kamu... teruskanlah. Kami sekeluarga menerima dgn hati terbuka. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kamu wahai anak2 Adam. Dan xkan pernah aku berdendam dgn kamu coz my parents x pernah mngajar aku utk berdendam dgn insan lain.
Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran, seteguh kesabaran Mak dan Abah ketika mendidik kami Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan seperti mereka ketika bertarung membesarkan kami. Teguhkanlah dan eratkanlah kasih syg dihati2 kami sekeluarga agar tiada yg mmpu merosakkannya lagi, melainkan dengan izinMu Ya Allah. Sesungguhnya aku adalah hambaMu yg hina yg serba kekurangan, memohon limpah dan kurniaMu utk meneruskan kehidupan. AMIN.

No comments:

Post a Comment