Wednesday, November 28, 2012

Company Trip and Dinner - Day 2

Ok, lets continue with my day 2 masa company trip. We receive our wake up call very early, at 6 a.m if i'm not mistaken. My friends keep on yelling bout it, sebab ape... sebab too early dapat wake up call sedangkan our breakfast only ready on 7.30 a.m. After siap-siap, at 7.45 a.m we go for or breakfast at garden terrace... hehehe... it's buffet breakfast, and we ate like a king... semua nak try... (cant imagine kalau everyday makan mcm tu... (*O*) kompem berat aku jadi dua kali ganda dari sekarang) 

Siap breakfast then we queue up untuk naik hotel transport ke jetty. Nak pergi Pangkor Island for island hoping, aku x excited sangat, sebab i've been there before but dari takde mende nak buat so jalan je lah. 



Nothing much I can share with u guys while island hoping, we just go to Pangkor, visit Kota Belanda which peninggalan orang Belanda yang pernah menjajah Pangkor. After that we go to Mini Great Wall of China and ada buddha temple there. Yang terakhir we go for shopping hasil laut yang sudah di proses atau di keringkan kat one of the Kilang Satay Ikan there. The price much more cheaper kalau compare harganya kat sini. So aku sempat borong udang geragau kering, ikan masin and ikan bilis kering. Aku shopping kecil-kecilan je lah, tapi kawan-kawan aku ade yang abis RM100++ kat situ. Lepas settle kat situ, kami di bawak pusing 1 Pangkor dengan van. Then, balik jetty tunggu for ferry and going back to our hotel. 








Around 1 p.m kami pun sampai hotel. Sampai hotel, 1st thing we take light lunch sebab tak mau kenyang sangat malam nanti ada dinner kannn... siap lunch balik bilik masing-masing and siap-siap for others activity, we decide to try for archery, tapi tak bernasib baik arrownya rosak and kalau nak main jugak must wait till 4p.m too late for us lah sebab takut x sempat siap for dinner. Then kami lepak-lepak tepi laut sambil tengok laut jap kasi makanan turun dulu. 






Lepas tu we go for jacuzzi for 30 minutes then pergi masuk sauna for 30 minutes. The first plan after sauna we decide to go back to our room, rest for awhile baru siap-siap for dinner. Tapi masa lalu swimming pool hehehe... ternampak ada orang terjun pool pakai tshirt, so we look to each other then park our things kat 1 of kerusi kat situ... terus bedebush terjun dalam pool. Kenapa kami excited sangat... pool je pon... sebenarnya dari 1st day kitorang nak terjun dalam pool, tapi semua takde swimming suit jadi kami tahan je niat tu. Tapi bila dah nampak ade orang dalam pool dengan tshirt, so kami pon tanpa berfikir panjang terus lah terjun. Dalam 30 minit main dalam pool tu dah puas amik gambar dalam pool tu baru kami semua naik and balik bilik.






Its time to ready for dinner. Woohoooo... Dinner theme Shanghai Night, so you guys dah boleh imagine how do we look like that night kan? Kalau lelaki semua ala-ala Stephen Chow, kalau yang perempuan semua ala-ala Anita Mui and Mak Nya jual sayur... hehehe... bohong je lah... Ape yang best pasal dinner? Makan and Lucky Draw... yang lain tu ok-ok je la. For non muslim they can drink until drunk.After abis dinner so kami pon amik-amik gambar je lah, then pulang ke bilik masing-masing and tidur. Malas nak buat activity lain memandangkan esok nak kena bangun awal, nak siap-siap untuk balik.







Ok that's all for 2nd day there. TQ... :D

Monday, November 26, 2012

Steamed Bread Pudding and Custard Sauce



Steamed Bread Pudding

Bahan- bahannya:
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara Membuatnya:

  1. Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. 
  2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
  3. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
  4. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
  5. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. 


*********************************************************
Custard Sauce

Bahan- bahannya:
400ml susu segar (low fat)
2 sudu besar kastad
1 1/2 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara Membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla. 
  2. Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur. Tapiskan. 
  3. Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa. Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak.


Look and sound yummy!!! Belum pernah cuba, but nak cuba buat nanti. Wish me best of luck ok :)

Sumber

Company Trip and Dinner - Day 1

Last weekend, I went to Swiss Garden Golf Resort and Spa, Damai Laut for my company trip and dinner. Trip selama 3 hari 2 malam tu just so-so je sebab if wanna compare with last 2 years trip kat Berjaya Tioman Resort, trip kali ni macam less activity. Somemore service kat hotel ni pun sangat tak best, air cond tak sejuk, banyak lalat, laut tak leh mandi and ade few other thing la yang buat aku cakap that hotel tu tak best. Bukan aku sorang je cakap department mate aku pon cakap macam tu. Nasib baik semua di tanggung company, so aku still tak rugi apa-apa. Tapi dalam tak best pon aku still enjoy (benda free kan, rugi pulak kalau tak guna sepenuhnya). 

Bertolak dari office pukul 5.30 a.m and reach Lumut dalam pukul 9.30a.m, di sebabkan  sampai terlalu awal, so ade la stop kat stall yang jual hasil laut. Dalam sejam berhenti kat situ then we continue our journey to Swiss Garden and reach there on 11.30. Then ade taklimat sikit-sikit terus proceed lunch. Siap aje makan then queue up untuk ambik kunci bilik, ini yang paling spoil, kena tunggu for almost 1 hour untuk dapat bilik sebab ade bilik yang belum ready ( due to ada customer yang late check out). Kira around 2p.m baru boleh masuk bilik, itu pun kira lucky sebab ade yang kena tunggu sampai dekat pukul 3 baru dapat bilik. Kat sini bagi aku dah cukup untuk aku buat tanggapan negative kat hotel ni.

Masuk bilik, then terus siap-siap untuk pergi tele-match (lebih kurang macam sukaneka je) and then after abis telematch aku and kawan- kawan aku terus terjun laut yang tak berapa bersih and sesuai untuk mandi manda sebab itu kawasan jelly fish. Tapi kitorang peduli ape, terjun tetap terjun alang-alang dah lencun akibat telematch kitorang terus lencunkan diri dalam erti kata sebenar.

My department mate
From left: Wai Ying, Vonli, Lynette and me


3 of us


After penat main air, kitorang balik ke bilik masing and siap-siap for dinner and lepas tu round-round tengok facilities yang ade kat hotel. After dah tak de benda nak buat diorang decide nak main card game sambil 'minum' (diorang tu semua chinese yer), makanya aku menarik diri and decide lepak dalam bilik je sorang-sorang and tidur. 

Untuk 2nd day aku cerita dalam next post ye. Sebab 2nd day ada banyak activity and banyak gambar. So, tunggu yer!


Monday, November 12, 2012

Awak

Awak...
Kalau saya mati dulu
Awak akan ingat saya tak?

Awak...
Kalau saya pergi dulu
Awak akan lupa saya tak?

Awak...
Kalau Dia jemput saya dulu
Awak redho tak?

Awak...
Kalau sesuatu terjadi pada saya
Awak sedih tak?

Awak...
Kalau esok saya sudah tak ade
Awak nangis tak?



Saturday, November 10, 2012

Aku Tertanya... Kenapa?

Aku tertanya...
Pada denting saat berlalu
Kapan lagi masa untuk kita
Dia diam membisu
Kenapa?

Aku tertanya...
Pada secebis ruang waktu
Masih punyakah detik buat kita
Dia bungkam berlalu
Kenapa?

Aku tertanya...
Pada setiap mula di hari baru
Adakah esok tetap milik kita
Dia menunduk terkaku
Kenapa?

Aku tertanya...
Kenapa?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 08, 2012

Custard Pudding

Bahan- bahannya:

1 cawan tepung kastad
2 cawan air
1 cawan air + 1 tin susu cair
1/2 cawan gula(kurangkan gula kalau x nak manis sgt)
secubit garam
1 sudu teh mentega

Cara- caranya:

1) Tepung kastad dibancuh dengan 2 cawan air.
2) Panaskan separuh susu
3) Masukkan bancuhan tupong dan air tadi dalam susu dan kacau sehingga sebati sebati
4) Masukkan baki susu, mentega, gula dan garam secukup rasa
5) Jika nampak terlalu keras tambahkan sedikit air dan kacau sampai masak dan nampak berkilat
6) Masukkan ke dalam loyang dan ratakan
7) Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam peti sejuk
8) So, lepas tu bawak keluar dari peti sejuk, potong dan makan

Selamat mencuba!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Be Positive Rynn

Aku masih pegang kata-kata, "Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri." dan aku yakin itu.

This few days, terlalu banyak dugaan yang aku hadapi. Start with Vell di kdnap, terlepas flight sebab polis-polis yang buat kerja dengan lembabnya (seriously sangat hegeh-hegeh buat keja) and ada lagi few other thing yang boleh buat aku down teruk. Tapi tak pe lah, mungkin aku the chosen 1 untuk lalui apa yang aku lalui sampai hari ni. Orang lain tak de kan?

Alhamdullillah, aku syukur sangat aku di anugerahkan hati yang cukup kuat dan tak mudah mengalah dengan hidup aku. Aku selalu bersedia untuk terima qada dan qadar Dia ke atas aku. Dan aku juga yakin, everything happen for a reason dan bukan saja- saja Dia tarik something dari aku. Pasti ada ganjaran yang lebih besar untuk aku menanti di hari depan.

Cuma aku selalu mohon, semoga Allah terus kuatkan hati aku, Jangan jadikan aku manusia yang hopeless dan selalu mengalah. Thanks kepada insan-insan yang selalu ada masa susah dan senang aku. Semoga Allah membalas budi kamu semua. Aku cuma insan kerdil yang menumpang muka bumi, berkelana sampai satu detik Dia menjemput aku kembali.

Percaturan hidup aku, aku serahkan kepada Dia, kerana aku tau dari Dia aku datang dan kepada Dia juga nanti aku kembali. (^_^)




Tidur Tanpa Bantal Baik Untuk Kesihatan

Tahukah anda tidur tanpa mengunakan bantal sebenarnya sangat baik untuk kesihatan? Para pakar kesihatan dewasa ini sangat menggalakkan ibu bapa serta bayi untuk tidak memakai bantal ketika sedang tidur. Berikut beberapa kebaikan tidur tanpa menggunakan bantal:



1. Mencegah sakit leher

Tidur dengan menggunakan bantal adalah fakto utama terjadinya sakit bahu dan leher. Meskipun masih disarankan untuk pemanasan (stretching) dan menggunakan pemanas, cara terbaik untuk menghilangkan rasa sakit ini adalah dengan tidur tanpa bantal. Namun, tidur tanpa bantal dapat menyebabkan masalah untuk orang yang sudah terbiasa menggunakannya. Untuk mereka yang belum terbiasa tidur tanpa menggunakan bantal, dianjurkan secara berperingkat mengurangkan ketebalan bantal.



2. Mencegah kerutan di wajah dan membuat awet muda

Orang yang tidur tanpa bantal di kepalanya mempunyai peluang yang rendah untuk mengalamai kerutan di wajahnya. Hal ini disebabkan mereka yang tidak menggunakan bantal tidak menekan wajah mereka di atas bantal yang dapat menyebabkan kerutan pada wajah. Jadi, sekiranya anda menginginkan awet muda, tidurlah tanpa menggunakan bantal.


3. Baik untuk tulang belakang

Tidur tanpa bantal dianggap sebagai cara yang paling sihat kerana memberikan manfaat kepada tulang belakang. Tidur dengan punggungnya memungkinkan tulang punggung untuk sepenuhnya berada pada curve semulajadi tubuh. Ketika kita tidur dengan bantal tebal, lokasi tulang punggung akan berubah dan kita mungkin mengalami sakit punggung keesokan harinya. Jadi, tidur tanpa bantal adalah penawar terbaik untuk sakit punggung.



4. Kualiti tidur

Tidur tanpa bantal akan membantu anda mendapatkan kualiti tidur yang baik kerana posisi tubuh anda berada pada tahap semulajadi dan normal. Seperti halnya bayi yang baru lahir belum terbiasa menggunakan bantal. Biasanya penjaganya yang memperkenalkan dan membiasakannya menggunakan bantal kecil seukuran kepala bayi, namun, bayi aktif bergerak dan malah merasa tidak selesa menggunakan bantal yang mengganjal kepalanya. Sehingga membuat bantal tersingkir dengan sendirinya dari kepalanya dan akhirnya bayi lebih selesa tertidur tanpa bantal. Bayi pun memiliki kualiti tidur lebih baik tanpa bantal (pada saat posisi  flat/datar), kerana memang posisi tubuhnya berada pada tahap semulajadi/normal tanpa di letakkan sesuatu pada kepala/lehernya. Jadi, apabila anda ingin tidur lebih berkualitas dan menormalkan bentuk/posisi tubuh anda, mulai biasakan tidur tanpa bantal.

Saya copy bulat-bulat dari sini


Ini memang habit aku. Aku sometimes suka tidur tak de bantal for no reason sebab aku rasa sedap je tidur takde bantal and kalau ada pun cuma untuk di peluk. Kadang- kadang orang yang tengok aku tidur tak de bantal mesti tegur suruh tidur atas bantal. Sebab malas nak argue and then aku ambik bantal and tidur. 


Wednesday, November 07, 2012

Doa Dalam Solat

My office clique email us something nice to be share out. Even I'm not the innocent 1, rasanya tak salah saya berkongsi ilmu (^_^) Selamat Beramal Ye!!!

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud
Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu. 

Sunday, November 04, 2012

Biar...

Biar...
Masa menentu segala
Cerita terhurai semua
Tanpa aku membuka kata

Biar...
Aku diamkan kebenaran
Melihat fitnah disebarkan
Mendengar aku di burukkan

Biar...
Sampai nanti satu ketika
Tanpa aku buktikan apa-apa
Mereka lihat siapa yang berdusta

Aku penat helah manusia
Aku lelah mendengar cerita yang ditambah perisa
Aku sudah tak kuat melawan mulut keji manusia

Biar aku mengalah
Biar aku dipersalah
Biar mereka gembira
Biar mereka tertawa
Tak apa
Mungkin esok
Mungkin lusa
Semua bisa terlihatkan
Apa yang selayaknya
Tak perlu pergaduhan
Tak perlu petengkaran
Kerna aku masih percaya
Adanya hukum Tuhan



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 02, 2012

Mereka Bilang...

Mereka bilang
Aku tak punya apa-apa
Mereka bilang
Aku cuma manusia biasa
Mereka bilang
Aku ini insan hina

Kalau benar aku tak punya apa-apa
Jadi di sekeliling aku itu apa?
Khayalan aku?
Atau mereka buta?

Kalau benar aku cuma manusia biasa
Jadi kenapa aku di turunkan ke dunia?
Tak ada tugas aku?
Atau mereka mahu bolot semua?

Kalau benar aku ini insan hina
Kenapa cerita aku yang di jaja?
Buruk aku?
Atau kekurangan mereka?

Maaf ya kawan...
Aku tak peduli apa yang kamu bilang
Dan aku tak peduli apa yang aku kurang
Yang aku tau

Walau aku tak punya apa-apa
Tapi aku tak pernah mengemis meminta ihsan walau seperca

Walau aku manusia biasa
Tapi aku tak pernah memandang yang lain tak ada harga

Walau aku ini insan hina
Tapi aku tak pernah mengeji manusia yang tak berdaya

Aku cuma aku
Menumpang satu sisi di sudut dunia
Untuk esok
Bukan untuk hari ini semata
Maafkan aku
Kalau hadir aku tak disenangi semua
Aku tak meminta lebih
Cukup sekadar biarkan aku tenang hingga sampai aku di jemput Dia