Monday, October 31, 2011

In Time Review

Bole tak korang bayangkan bila benda yang paling berharga kat dunia ni adalah masa, and masa menggantikan fungsi wang? Means nak shopping, nak beli keperluan, nak buat apa- apa saja mesti gunakan masa. And orang sanggup membunuh and mencuri masa orang lain. Sound ridiculous kan? Dapat imagine tak dunia yang macam tu?


Sabtu lepas aku pergi tengok cerita In Time lakonan Justin Timberlake as Will Sallas and Amanda Seyfried as Sylvia Weis. Cerita ni mengisahkan bila umur 25 tahun, manusia akan maintain dari segi rupa and bentuk badan sampai bila (memang best la sampai bila-bila pon nampak 25tahun) tapi dari detik itu jugak, masa ko akan di ambil kira. Manusia yang punya banyak masa di anggap kaya and manusia yang punyai masa yang sangat terhad di kira miskin. Masa juga bole di curi dari orang lain and masa juga menjadi pertaruhan dalam berjudi. Yang kaya bole hidup selama- lamanya and si miskin kadang- kadang mati di sebabkan tak cukup masa. Dua komuniti; kaya dan miskin memang dipisahkan secara total. Untuk memastikan semuanya seperti yang di rancang untuk travel dari kawasan miskin memerlukan kos setahun sebagai tol utk ke kawasan orang kaya.

Secara ringkas cerita ni mengisahkan tentang Will Sallas, seorang lelaki miskin yang tinggal dgn ibunya di kawasan miskin, tapi mendapat masa lebih dari 1 abad dari seorang lelaki yang telah diselamatkan oleh nya yang bernama Henry Hamilton orang kaya yang datang ke kawasan miskin untuk bergembira tetapi hampir di tahan oleh timekeeper (hoh... ade penjaga masa owh... kalau masa ko terlampau byk kalau dalam area miskin dia bole detect weyh... canggih...). Pada hari tersebut ibu Will sudah pun kesuntukan masa. Kerana masa yang tak mencukupi akhirnya ibu Will pon meninggal. Lepas dari itu, selepas memberi 10 tahun sebagai hadiah kepada teman baiknya, dia memulakan perjalan ke kawasan orang kaya. Dan di situlah dia mula berkenalan dengan Sylvia and keluarga Weis. Tapi ni kawasan yang penuh kemiskinan Timekeeper menuduh Will mencuri masa Henry kerana meraka menemui Henry mati kerana kehabisan masa. Semua conflict pon bermula. Ok yang lain korang tengok lah sendiri nanti yer.
(Wah da macam pengulas pro plak aku nih dgn bahasa- bahasa yang bukan main lagi... kekekekeke)

Cerita ni not bad, jalan cerita dia unique. Pada manusia yang miskin, masa adalah sgt berharga, tapi pada yang kaya, mereka mampu buat apa saja kerana punyai banyak masa. Susah jugak aku nak kupaskan cerita ni, tapi aku bole cakap cerita ni lain dari yang lain la. Sebab korang kena berfikir luar dari kehidupan normal kita. Aku tak pernah terpikir, bila masa yang menentukan segalanya (da macam ayat2 dalam novel cinta yang x kesampaian la plak), bila masa yang akan menetukan taraf hidup kita, bila masa yang menentukan ekonomi dunia, bila masa jadi sangat berharga even ko tahu masa itu berharga tapi bila masa mengganti tugas duit. Phew... tapi cerita ni masih mantap and punya isi yang korang kena pahamkan sendiri. Jadi cubalah menonton.


Movie ni aku bagi 4 stars.


Thursday, October 27, 2011

Real Steel Review

Courage is stronger than steel
(mendalam weyh mksdnya tuh)

Champions Aren't Born. They're Made.


Last Tuesday (25/10/2011) aku and my acquaintance pergi la tgk crita ni, selepas agak frust menonggeng dgn cerita Klip 3GP, Real Steel memang mampu merawat luka aku. (Pergh... da mcm ayat frust bercinta dowh!!!). Cerita ni memang marvellicious (hasil gabungan marvelous+delicious jd la marvellicious... ngehehehe...). Yummeyh tahap superb. Sesaat pon aku tak mampu alih mata aku dari skrin hall 2 GSC OU tuh. Setiap saat tu rasa macam sangat berharga jer, kalau aku terlepas tgk mesti aku menyesal giler. Ok aku cerita sikit la pasal movie nih.

Real Steel is an action + science fiction movie yang berlatar belakangkan tahun 2020 ( macam wawasan 2020 tapi xde la kereta terbang and piring terbang yg ni nampak lebih releven la). Cerita ni mengisahkan seorang bekas boxer, Charlie Kenton ( Hugh Jackman) yang sangat gila dengan robot (robot2 ni mengguna kuasa manusia utk mengawalnya, and tenaganya harus la di charge ya bukan mcm transformers yang bole bergerak sendiri tu) and banyak berhutang. Di sebabkan itu, dia menggunakan robot untuk untk mengaut keuntungan dengan berlawan, and mengharapkan dia bole mengaut keuntungan bila menang pertaruhan. (uish... bahasa da macam pengulas berita :P).



First robot milik Charlie yang diorg tunjuk dalam cerita ni adalam Ambush, tapi masa 1st game lagi Ambush da K.O dikerjakan oleh sekor lembu jantan yang bernama Black Thunder. Mula-mula memang nampak Ambush da nak menang, tapi di sebabkan Charlie terlampau awal nak berlagak, Ambush kena attack dgn lembu tu masa Charlie sibuk buat aksi hero depan penoton yang bersorak. Memang tak dapat di selamatkan lg. Innalillah la Ambush di situ dengan sebelah kaki yg ilang. Inilah rupa Ambush.

Owh lupa plak nak ckp before lawan tu dia da deal dgn Ricky (Kevin Durand) a.k.a owner lembu tu kalau Ambush kalah dgn lembu tu, dia kena bayar $20,000. So after kalah, cepat- cepat la dia lari (Memang macam tu ka hidup orang byk utang asyik kena lari je???) tapi masa ni ada la orang dtg jumpa dia ang bgtau ex-girlfriend dia da meninggal and dia kena pergi ke mahkamah untuk dgr pengumuman hak penjagaan of his son Max Kenton (Dakota Goyo) yang dia tak pernah langsung jumpa sejak budak tu lahir.


Mak Cik si Max a.k.a adik kepada ex-girlfren si Charlie, Debra(Hope Davis) and her husband Marvin (James Rebhorn) ni memang nak ambik Max and jaga Max tu sebab tak yakin Charlie mampu jaga si Max. Tapi memandangkan Charlie adalah bapa kandung Max so hak penjagaan akan jatuh kat Charlie unless Charlie nak bagi hak penjagaan tu kat Debra. Di sebabkan Charlie ni nak guna sgt duit, dia pon deal dgn si Marvin, kalau Marvin sanggup bagi dia $100,000 dia akan turunkan tanda tangan and bagi hak penjagaan Max kat Debra. Marvin bersetuju sebab dia sgt2 sygkan Debra and sanggup buat apa saja asal Debra tu happy. Pada permulaan Marvin bagi $50,000 and terpaksa tinggalkan Max dgn Charlie selama 3 months sebab diorg da plan nak pergi second honeymoon. So start dari hari tu Max pon tinggal la dengan Charlie bersama dgn teman sepermainan masa kecik Charlie merangkap GF dia, Bailey Tallet (Evangeline Lily) kat boxing gym ayah Bailey tuh, Ayah Bailey tu dulu coach boxing pada Charlie. Masa ni jugak dia beli sebijik lagi secondhand World Robot Boxing (WRB) league robot bernama Noisy Boy.



Yang bestnya baru ja beli Noisy Boy, mlm tu si Charlie and Max da bawak Noisy Boy utk fight kat illegal circuit champion. Di sebabkan over confident and tak biasa handle Noisy Boy, dgn mudahnya Noisy Boy di hancurkan oleh Midas. Maka Charlie kalah lagi la malam tu.

Balik dari pertandingan tu Charlie and Max pergi la menyelinap masuk kat tempat pembuangan bangkai-bangkai robot, masa mencari part-part yang bole di pakai tu secara tak sengaja Max ni terjatuh dalam curam and nyaris jatuh ke gaung tapi terselamat sebab tersangkut kat satu tangan robot. Kat situ la nampak la jgk kasih sayang sorang ayah kat dalam diri Charlie, berusaha menari si Max yang tergantung tunggu masa nak jatuh kat dalam gaung. Selapas selamat Max ni cuba la tengok tangan robot, and masa ni la dia jumpa Atom. Atom ni adalah Generation-2 sparring robot yang di bina tahun 2014 yang dah tak digunakan lagi. Atom di cipta untuk menahan kerosakan besar and mampu mengikut/ meniru pergerakan. So disebabkan Max menganggap robot tu yang da selamatkan nyawa dia, dia pon bertekad nak bawak robot tu balik even Charlie menghalang. Tapi atas usaha Max semalaman akhirnya Max berjaya jugak bawak Atom tu balik.


Uiks da panjang rupanya aku mengulas ni, kalau bole memang in detail la aku nak cerita, tapi... no no no... nanti tak surprise plak utk orang yang tak tengok lagi cerita ni. Start dari sini la, banyak yang tak di duga berlaku. Charlie memperlekeh Atom bila Max nak try bwk Atom berlawan. Tapi start dari situ lah Charlie mula berubah sikit demi sikit bila Atom mampu kalahkan sebijik robot lain iaitu Metro masa Atom punye 1st fight. Max sorang budak yang berjiwa sangat besar dapat mengubah si Charlie setelah pelbagai insiden and kejadian yang diorg tempuhi. Korang takkan menyesal tengok cerita ni, cerita ni sarat dengan emosi, ada part sedih, ada part lucu, ada part bole buat kita teruja, ada part bole buat kita bersemangat. Masa Max deal dengan Charlie untuk ajar Atom berlawan, Masa Max ajar Atom tu menari memang sangat la sweet.
Kalau korang nak tau macam mana diorg fight sampai Atom si robot kecik tu mampu masuk ke WRB league, after 3 months dengan sape Max ni tinggal semua tu orang tengok la sendiri cerita ni. Nanti korang akan tau macam mana ending cerita ni. Pada yang tak tengok lagi, jangan tunggu, sila la book ticket anda ya. Selamat menonton!!! V(^_^)V

Untuk aku cerita ni aku bagi 5 stars.


Monday, October 24, 2011

Merealisasikan Plan Bersama Kawan- Kawan

Sunday, 23rd of Oct 2011 (Starting mcm news kat paper lak, kekeke...)

Now aku nak share la activity aku and ex classmates aku Ahad lepas. After seminggu, seperti yang di plan. Kami cuba merealisasikan sedaya upaya kami. Even a bit late la sbb masing- masing ade hal. Seminggu kitorang plan untuk berkumpul and then melawat family and kubur arwah Acap (Mohd Asyraf Yusof) yang meninggal sebab cancer kelenjar air liur pada 16 October 2011. Memang agak lewat kami melawat, sebab pada hari arwah 'pergi', masing- masing ada hal and tak sempat nak menzirah. Sebab tu aku and kawan2 plan pergi last weekend. Alhamdullillah, akhirnya plan berjalan seperti yang di rancang even lambat sikit dari rancangan asal sbb kes nak berkumpul and nak bergerak sama-sama ke rumah arwah. Sampai rumah arwah kitorg sembang2 la dgn parent arwah, memang sayu jugak bila dengar mak arwah bercerita pasal arwah 2, 3 hari before arwah pergi. Aku nampak air mata mak arwah bertakung menanti masa nak gugur masa dia bercerita pasal arwah (aku sendiri pon hampir-hampir nak berjurai airmata tapi control ayu nye pasal... tahan je la). Around 6.00pm (bole di kira almost maghrib macam tu) dari rumah family arwah kitorg gerak sama-sama dgn family arwah pergi ke kubur. Kat sana kitorang buat tahlil ringkas untuk arwah. Lepas setel, kitorg salam ngah family arwah and bagi sikit sumbangan hasil collection dgn kawan2 kepada family arwah. And parents dia nampak sangat tenang and say thanks sebab jadi kawan arwah and sudi melawat. Bagi kitorg hanya ni mampu kami lakukan untuk arwah, sebab arwah masa hayat banyak jugak menolong kami dalam study. (hambik ko berjela aku cerita)

Habis da cerita sayu, after family arwah gerak balik kami pon mengatur strategi utk melepak (aktiviti wajib selepas misi utama berjalan lancar... hehehe...). Then diorg decide balik melepak kat Shah Alam, discuss punya discuss diorg pilih nak lepak kat TTDI. Dari Taman Maluri kitorang gerak balik Shah Alam, berhenti solat maghrib kat petronas near Batu 3. After setel solat, sambung perjalanan (macam la jauh sgt sampai nak sebut perjalanan kan?) ke TTDI. Then kitorg pun melepak di Aimar Char Kuey Teow (CKT) kat TTDI. Most of us order CKT la kecuali sorang melantak nasik goreng.



Nah pic CKT dia, aku order CKT special and tembikai laici. Marvellicious owh... ada banyak udang ngahahaha... tp xdpt jgk nak lawan CKT kat Penang. So sambil2 tu sembang-sembang and sharing ape yang patut (mostly pasal keje and current life la) and ade jgk yg promote PRUDENTIAL insuran (Hehehe...), tapi kawan aku lambat sgt, sbb most of us da ambik insuran PRUDENTIAL, so just sharing la about the benefit and etc.

Bagi aku mmg PRUDENTIAL la the best so far, sebab tu aku ambik PRUDENTIAL (Aikss... terpromot plak :P tapi kalau nak pon bole, nanti aku bole ckp dgn kawan aku). Aku ambik insuran ni bukan ape, sebagai back up plan if incase apa- apa jadi dgn aku. (Aiks... lari tajuk la plak)

Ok back to the story, after sembang2, borak2, cakap2, gurau2, sharing2 makan2 and minum2 setel. Around 10.30 kitorg pon gerak la pulang ke rumah masing2. Agak awal la jgk balik, tapi ape kan daya esok da nak keja kan. Kalau tak keja ada harapan merayau-rayau lagi kami2 ni. Lemaklumlah semua single... kan... Aku pon sampai rumah, sambung baca novel sikit, borak-borak lg dengan housemate, almost kul 1am aku pon masuk la bilik and membuta. Sekian.

P/S : For those yang join and menyumbang, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menjayakan plan kita ni. Thanks a lot to: Azadi, Ayun, Dila, Wazir, Farah (FAFU), Izni, Latif, Daus, Mai, Wan (husband Mai), Rais & Yani.

(Conclusion: semua berjalan lancar, and seronok jugak bila kadang2 dapat buat aktiviti ramai2 nih... Next time kita plan untuk aktiviti lain plak yer...)


Friday, October 21, 2011

Klip 3GP Review


Semalam aku and housemate pegi la tengok movie klip 3GP yang konon-konon kata panas sangat tuh. Kes tengok preview yang sangat macam menarik hari tu la, buatkan kitorg 2 org tergedik- gedik nak tengok cerita ni. Tapi memang hampa hati ku menangis tak berlagu. Jalan cerita tak seGAH yang di war-warkan la weyh...

1. Jalan cerita tak best
2. Cerita serabut
3. Pelakon yang macam agak tak reti belakon (bukan semua la, tapi mostly)
4. Macam tak logik pon ada

Tapi aksi panas dalam cerita tu memang bole bikin orang yang tak sampai suku panggung panas. Sebab terlampau bosan dalam panggung tu, aku sempat la tengok kiri kanan aku (sebab orang tak ramai,tempat duduk byk yg kosong senang la aku nampak) ada couple da terpelok- pelok and terlentok- lentok. Haish...

Yang aku suka dalam cerita tu just, lagu- lagu One Nation Emcees jer.



Yang lain genggam tangan ibu jari kasi turun ke bawah. Ini ikhlas dari aku tanpa was- was.

Conclusion nya weyh, cerita tu memang tak best. Rugi je rasa duit haku hitu. Kalau haku tahu tak hingin aku tengok cerita hitu. Bahik haku tengok cerita lain. Harap Maklom.



Melankolik Dalam Diri

Hari ini masih juga seperti hari- hari sebelumnya
Melankolik kehidupan seorang manusia
Acapkali menghimpit diri

Bermonolog dalam diri

"Kenapa aku tak jadi dia,
Dia ada keluarga yang kaya,
Dan kehidupan serba mewah.
Senangnya hidup kalau aku jadi dia."

"Atau pun jadi dia,
Punya keluarga yang cukup sempurna,
Di manja dan di sayangi setiap masa.
Bahagianya aku kalau jadi dia."

"Kalau jadi dia pon ok,
Ade suami yang baik dan anak-anak yang comel,
Setia bersama dalam susah mahupun senang.
Indahnya dunia kalau aku jadi dia."

Keluhan kasar dilepaskan...


Hey kau,
Tak pernahkah kau kenal erti bersyukur?
Tak tahukah kau erti berterima kasih?

Tahukah kau...
Kehidupan yang kau jalani setiap hari
Adalah lebih dari itu
Tahukah kau...
Ada insan lain juga pernah terlintas untuk menjadi kau

Takkah kau pandang mereka yang merempat di jalanan?
Takkah kau pandang mereka yang yatim piatu?
Takkah kau pandang mereka yang selalu hidup bersendirian?

Kau ada apa yang mereka tiada
Kau punya apa yang mereka tak punya
Yang Esa takkan kurniakan apa yang kau tak layak terima
Apa yang telah di tentukan
Itu adalah yang selayaknya
Apa yang di caturkan
Pasti ada baiknya

Bersyukur dan redho dengan pemberianNya
Pasti kehidupan kau juga senang, bahagia dan indah seperti yang lainnya.
(^_^)

Never ever dream to be someone else, cause one day you'll be surprise when someone else tell you that they wanna be you, just like you. Trust me (~_^)V

Wednesday, October 19, 2011

Kalau Suka Kata La Suka

"If you love me let me know
If not gently let me go"


Pernah dengar tak quote kat atas tu? Mesti pernah kan? (Kalau tak pernah dengar mmg korang ni tak pernah jatuh cinta kot). Kali ni aku nak kupaskan topik yang ada sangkut paut dgn quote di atas. Base on aku punya experience and orang- orang sekeliling punya experience la. Jangan risau, butir- butir diri insan-insan berkenaan akan di rahsiakan, cume aku post ayat-ayat best yang korang pernah cakap je la tp ade edit sikit nak bg sedap cerita. (~_^)V

Da banyak kali da aku face benda ni (dolu2 la). Orang suka tapi tak cakap/bitau, bila aku da dengan orang lain baru nak meluah lepas tu siap ckp, "Saya ingat awak tak bole accept orang macam saya, sebab tu saya takut nak bitau awk. Tapi tak sangka pulak awak ok jer." Ohhhooooiiii... korang tak pernah cakap and tak pernah tanya, then bole plak main assume2 mcm tu =_=" Abis tu takkan ko pikir nak tunggu aku pulak yang tanya korang, "Weyh, ko suka aku eyh??? Ko nak aku jd gf ko ke?" Phew, memang TAK la, tak ke gilo namenye. Aku pompuan, melayu pulak tu kot, even bukan pompuan melayu terakhir, tapi aku pon tau erti perkataan "M.A.L.U". Even aku suka sekali pon aku takkan cakap macam tu lah. Kena ko tak de hati kat aku, aku plak pegi cakap mcm tu, nampak sangat la aku ni cam desperate sgt. Tak ke malu aku??? Kan??? So sape yang meluah perasaan dia kat aku time tu, aku rasa orang tu ok and serasi dengan aku, aku accept je la. Kpd yg menyimpan rasa dalam diam tu, dah ko yang tak cakap, mana la aku tau... kannnnn... takkan aku nak tunggu ko nak cakap. Kalau last-last ko cakap jugak xpe, kalau ko tak cakap-cakap. Macam mana??? So, even aku lagi suka dengan ko dr orang yang satu lg, aku tetap pilih yang 1 lagi. Kan da melepas. Pepatah ade mengatakan, "Biar berputih tulang, Jangan berputih mata" or ada lagu dolu2 tu, "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia di ambil orang" haaaa... kan da kena!!! Memang ngam la dengan insan yang tak berterus terang pasal perasaan dia dengan aku time tu. (bajet macam aku hot sgt la plak time tu... [P>E>R>A>S>A>N] harap maklom... ~_~' )

(P/S: Ini semua cerita yg 4, 5 tahun lepas la bukan cerita baru... tapi belom basi sbb masih ade orang lain yang face hal yang macam ni. Sekarang aku single and xde commitment atau bersangkut paut dengan sape2 selain dari family dan kawan-kawan aku)

Korang jgn budget kitorg ni paham dgn hint-hint korang bagi kalau korang nak ngorat kitorg. Macam kes kawan aku ni, kesian jugak la weyh. That guys mcm suka dgn kawan aku. Selalu bagi hint- hint mcm nak ngorat, and sampai kawan aku ni mcm da tersuka dgn mamat tu. Tapi sampai hari ni, that guys tak pernah pon luahkan ape2 so aku nasihatkan kwn aku tu daripada berharap pd yang tak pasti, baik buat dont know je la. Sian jugak dgn kwn aku tu, ye la mak kat kampung dah bertanya bila nak kawen, mesti la kawan aku ni risau sebab dia still xde calon. That guys plak mcm tarik tali. Last2 dia cuma cakap dengan mak dia, "Mak, kalau ade sekali pon... Kalau orang tak ajak kawen macam mana saya nak kawen? Takkan saya pulak nak ajak dia kawen? Saya ni perempuan.". Lepas dia ckp mcm tu, mak dia pon macam puas hati la, btol jgk ckp kwn aku, kami ni perempuan. Kan??? Takkan kami plak nak lelebih... no no no... Cannot!!!
(Kepada yang berkenaan sila jangan marah saya, saya cuma nak kongsi pengalaman and fakta-fakta yg berkenaan dengan topik) V(^_^)V

Kesah adik aku pon lebih kurang la jgk dgn kesah aku dulu. Kawan baik adik aku, B (bukan nama sebenar) suka dengan adik aku, tak ckp and simpan sorang-sorang, tup- tup bila adik aku da bertunang baru la buka cerita yang B tu suka ngan adik aku. Memang B tu baik, elok budi pekerti, ada rupa... pendek kata cukup pakej la kalau nak di jadikan adik ipar aku merangkap menantu mak abah aku. Family pon memang suka dengan dia, sbb kami semua da lama kenal si B, da macam anak angkat parents aku da. Tapi... di sebabkan segan tak kena tempat. Adik aku da selamat kawen dengan orang lain, yang tak segan meluahkan perasaannya terhadap adik aku. Sekian, wasalam la si B tu.

Hurm... conclusionnya, aku pon pelik kenapa eyh orang sekarang perangai macam tu, kalau nak cuba buat cara nak, kalau tak mau buat la cara tak mau. Senang... tak payah men tarik- tarik tali, tarik layang- layang and tak payah nak seksa-seksa diri tunggu orang tu paham hint-hint dari korang. Kalau korang rasa sanggup tengok orang yang ko suka tu, dapat kat orang lain. Teruskan je la dengan sikap korang tu... Kalau tak silalah rebut peluang selagi ada. Ngehehehe...

Gambatane!!! p(^_^)q

(P/S: Ini hanya sekadar renungan... So, kepada orang- orang yang ade suke or fall in love with someone kat luar sana tapi tak pernah luahkan, renung- renungkanlah dan selamat beramal!!! ooooppppssss... before tu sila pastikan orang yang korang suka tu MASIH single ya... kalau tak mmg tak dapat nak tolong... V(^_^)V )

Tuesday, October 18, 2011

Aku, Kau dan Dia

Dear friend,

Sometimes u keep looking on my mistake without looking on yours. Nevermind I'm ok with that.

Forever Friend,
Your BFF.

Sedih weyh aku dgn ko. Sampai sekarang aku masih anggap ko kwn baik aku. Tapi da banyak sangat aku terkilan dengan ko. Jangan kata aku dah lupakan ko. Sikit pon tak pernah, setiap kali nama ko terlintas kat kepala aku and mulut aku tersebut nama ko, terus terang aku cakap aku rindukan ko. Tapi aku tak pernah lupa janji aku dengan ko. Aku pernah mintak maaf dengan ko, kalau satu hari aku menjauh dari ko bukan sebab aku nak, tapi sebab couple ko and sebab aku respect relation korang. Aku tak nak, aku jadi punca korang bergaduh. Sebab benda tu pernah jadi and aku tak nak benda-benda macam tu berulang, sebab aku tau ko sayang dia.

Kalau betol babe aku da lupakan ko, kenapa bila aku sms ko nak ajak lepak dgn ex classmate kita ko tak pernah reply? Kenapa bila aku call ko, ko tak pernah pick up or kalau ko bz kenapa ko tak pernah return call or even misscall aku balik? Kenapa aku YM ko, ko tak pernah reply?

Setiap kali ex-classmates kita kluar, stiap kali tu aku cuba contact ko. Tapi, mmg frust gila weyh, bukan sbb ko x ikut, tp ko x pernah reply aku. SMS or call... YM or what's app. Semua aku try. Tapi macam ko yg nak menjauh dari aku. So lama2 aku diam macam tu jer. Setiap kali keluar, kwn2 selalu tanya pasal ko dgn aku, aku cuma bole ckp aku tak tau, and aku ckp maybe ko bz sbb diorg tau ko dgn aku dulu rapat. Ko tau tak aku sedih bila diorg tanya pasal ko dengan aku?

Sampai sekarang, aku cuma tgk je ko and ko da byk sgt berubah. Aku rindu ko yang dulu babe. Serious aku rindu ko. Aku tak pernah lupa, kalau tak de ko dulu, aku tak berdiri macam hari ni. Banyak jasa ko dgn aku and sampai sekarang aku masih anggap ko kwn aku. Sampai sekarang weyh aku masih rasa terhutang budi dgn ko.

Aku tau luahan aku takkan sampai ke mana pon kalau ko tak baca, tapi kalau ko baca ko fikirlah sendiri. Kalau ape yang aku buat untuk kebahagiaan ko, ko anggap aku lupakan persahabatan kita. Terpulanglah... Yang aku tau aku cuma tak sanggup untuk tengok ko bergaduh dgn dia sebab aku lagi. And aku tak nak ko serba salah antara nak pilih persahabatan kita atau relation ko dgn dia.

Kalau apa yang aku korbankan untuk ko tak bermakna, ko bole buang aku terus dari hidup ko. Mungkin aku bukan insan yang selayaknya untuk jadi kawan ko tapi couple ko tak de hak nak bercakap bukan- bukan pasal aku. Dan sesungguhnya dia tak LAYAK nak bercakap pasal aku. Maafkan aku, kalau kali ni aku meluah pasal ko. Tapi da lama aku simpan and aku tak tau macam mana aku nak meluahkan dengan ko. Kalau ko masih nak berkawan dengan aku, pandai la ko cari aku nanti. Kalau tak, teruskan la macam ni babe. Tapi utk aku, sampai bila-bila ko kawan aku, kawan baik aku...

Monday, October 17, 2011

Tribute Untuk Mohd Asyraf Yusof (Acap)

Semalam, 16th Oct 2011, 11.00 a.m perginya sorang dari sahabat/ ex-classmate aku after several month bertarung nyawa melawan penyakitnya. Early of this year, Mohd Asyraf Yusof a.k.a Acap (yg pakai kemeja hitam duk kat depan tu) dia still lg nampak sihat cuma ade jgk dia bercerita ade satu kelenjar yg membengkak belakang telinga kanan dia, dia ingt itu cuma sakit biase2. Tapi after kelenjar tu terus membengkak and sakit, kwn2 nasihatkan dia pergi buat check up. After so many check up, finally doctor figure out dan di sahkan menghidap cancer kelenjar air liur.

Sepatutnya on 28/4/ 2011 - 3/5/2011, kami berlima pegi bercuti di Phuket sama2. Tapi last minit arwah terpaksa cancel percutian dia, sbb dia kena operate 2 weeks b4 our vacation plan. Memang agak terkilan sbb last minit dia terpaksa cancel. A week before fly, ktorg ramai2 melawat dia kat HUKM, masa tu kelenjar air liur yg di jangkiti cancer tu da di buang. Sedih jgk tgk arwah masa tu, right side of his face da mcm kaku and behing his ear ade bkas operation and penuh clip yg mcm staples tu. Tapi kitorg still buat like nothing happen and gurau2 dgn dia mcm slalu. Tapi sebenarnya kitorang kwn2 rs cam simpati ats nasib dia, dia baru 26. Tapi da faced dugaan yg sgt2 besar. Tapi dia sgt2 kuat melawan sakit dia. Even sometimes dia mcm merungut tp dia x pernah berhenti melawan kesakitan yang dia alami.

Last kitorang lepak sama dgn arwah, after balik dr Phuket. On that day, ktorg bg souviner yg kitorg beli utk dia masa kat Phuket. Nampak dia happy cuma sedih sikit bila da ckp rugi dia xdpt join and ask us plan for another trip jalan ramai2 lg. On that day, ktorg pergi tgk kereta sbb time tu Wazir (budak lelaki yg pakai jacket hitam kat blkg tuh) nak tgk kereta. So pergi test drive kereta, smpt jgk arwah masuk dlm bonet kereta and mintak ambik gambar dia. Masa ni mmg ktorg have fun. habis test drive kami jln2 kat Sunway Pyramid. Malam baru kami balik.

Tapi tak sangka tu lah last kitorg dpt hang out dgn arwah. Lepas dari tu, masing2 da bz dgn xtvt msg2. And kalau ktorg ade kesempatan keluar lepak2 pon arwah da x join lg. Kitorg faham keadaan dia masa tu. Tapi kami cuma mampu tgk and bg support, x mampu nak rasa ape yg arwah alami.

Sepanjang mengenali arwah (since sambung degree kat UiTM Shah Alam) , arwah ni org yang baik, tak lokek ilmu and suka menolong orang. Pemergiaan arwah, turut di rasai oleh rakan2 yang lain. Kami akan selalu doakan roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Semoga rohnya tenang di sana. Al-Fatihah.

Wednesday, October 12, 2011

Angelish Devil

Almost a year after Devilish Angel, now i'm waiting for my Angelish Devil. Phew... cant wait for it actually, but still manage to behave my own self la. Quite worried bout that, hurm... hopefully everything going on smoothly la.

Amin!

Tuesday, October 11, 2011

Muktamad!

Finally, aku da dapat keputusan muktamad. Whatever happen I'll stay to move on. Ni peluang aku untuk cabar kebolehan aku and cari ape yang aku nak dalam career aku.

Aku akan selalu ingat ape Allen (Asst. Manager a.k.a Idola aku kat opis... ngahaha...) cakap dgn aku tadi, "If this is the path you are heading to. I wish U all the best. Just make sure u did what u really want, while u r still young n still can.". Masa tu HOD aku belom bitau lagi yg aku nak resign, yg ni personally aku ckp dgn dia kat BBM. (Meja sebelah2 pon BBM jgk, jgn xtau... sbb xmo org lain kecoh2)

Lagipon dia ade ckp, it's a good company utk aku move on. Aku da kembali yakin dengan apa yang aku pilih. (^_^) Allen ni da byk guide aku utk jadi software developer yg baik. Aku mmg byk terhutang budi dgn dia ni, kalau xde tunjuk ajar dari dia aku mungkin la x mampu jadi macam hari ni. Sebab tu la aku anggap dia mcm idola dlm career aku. Dia jugak kwn yang baik utk aku, byk jgk nasihat2 dia da bg dgn aku. Aku sgt2 respect dia, dia sgt2 la low profile even dia ni Asst. Mgr., drive Audi A4 kot dtg office, smart, x kedekut ilmu n nice looking guy tapiiiiiii... sgt humble. Sbb tu aku senang bila nak buat kerja dgn dia. Sudah la tu aku puji dia... berbalik pada tajuk di atas :D

After aku hantar resign letter, hari ni saja da 2 kali aku kena panggil utk di brainwash (yg smlm aku x kira la, sbb time tu aku hantar resign letter) .

1st dgn Allen, tp dia x brainwash, tp lebih kepada sharing sbb dia antara org yg close dgn aku (Ni lepas HOD aku mintak dia brainwash aku la kononnya). So dia just give additional advise je la. Lega!!!!

2nd, before balik tadi Operation Manager plak panggil aku... He asked me the same question mcm HOD aku tanya smlm, " What u expect from us and want us give what, to make u stay? (lbh kurang la... aku ingt2 lupa apa dia ckp) You handle a unique task that no 1 else do. U r so important u know? Think about this offer back then see me tomorrow." My HOD n Operation Mgr tgh cuba nak counter offer sampai aku stay.

Memang before ni aku antara berani and tak nak teruskan niat aku, tp frankly speak after discuss dgn Allen dan dgn kata2 semangat dari dia. hati aku mmg bulat utk move on pergi new place. Maybe will be a bit tough at the beginning sbb nak kena adapt with new environment. Tapi aku yakin aku mampu buat yang terbaik, InsyaAllah. Aku harap dgn hijrah ni career aku akan maju selangkah lagi ke depan. Amin...

Guys... Wish me best of luck (^_^)V


Which 1 is Better?

Ok kali ni aku nak kongsi dgn korang ke'confius'an aku. Ni pasal keje la or future utk career aku. Baru2 ni aku dpt offer keje kat 1 of well known company kat Malaysia, gaji n benefits yg that company offer sgt2 lah menarik utk aku. The problem is bila aku submit resign letter kat HOD (Head of Department) aku, HOD aku and Operation Manager aku nak offer aku a better salary. Sampaikan she (HOD aku ni pompuan ye) asked me, " What you want us to give u, to make u stay?"

Phew... terus rasa macam aku terpikir. Penting sangat ke aku kat sini weyh sampai macam tu sekali diorg nak offer aku??? Aku tak de la lama sangat kat sini, just dlm 2 years and 1 month je kot. Tapi, MOSTLY task aku masa aku kat sini mmg xde org backup. Memang masa aku start keje kat sini, aku bole dikirakan sgt2 fresh la... sbb baru abis study. Dari aku x berapa tau pasal nak buat keje, sampai la skrg aku da byk sgt belajar kat sini.

MIS Family... Aku sgt2 syg dgn diorg nih


Kalau pasal team member (MIS Family) plak, aku tak pernah ade prob... even diorg semua Chinese, diorg sgt2 baik dengan aku, no discrimination at all. Aku sgt2 happy masa aku kerja kat sini. Dan bole ckp aku rasa aku prefer utk trus keje mcm ni je. Dari keje kat government yg mostly cuma mkn gaji buta and ade makcik2 yg suke ngumpat. Phew... very the rimas u know. Tapi new offer bukan la kat government pon... still private la... Tapi kalau sebut nama company for sure sume org tau.

Masalah aku sekarang, HOD aku yg mcm memujuk aku... dia ni pompuan and dia punya sifat keibuan sgt2 lah terserlah especially bila dia personally bercakap dgn aku, kdg2 buat aku rasa sebak (Jangan tak tau, aku menangis bila dia tanya aku kenapa nak berenti)... ngehehehe... (Sy budak cengeng, standard la tu :P ) banyak kali dia tanya aku, aku x happy ke keje dgn dia... aku tau dia da byk fight utk adjustment salary aku. Haish... dia la buat aku rasa sangat2 serba slh skrg ni.

Haish... kalau korang kat tempat aku kan? Ape korang nak pilih. Kerja kat tempat baru with new working environment and new team mate or stay with current company and current team mate?

Sekarang salary yg both company ni offer da mostly sama, after plus minus mmg da lebih kurang da. Cuma benefit la ade different... Annual leave pon x sama (current company aku lagi byk annual leave). Aku da konfius nih... =_=" Abis lah aku... T_T



Monday, October 10, 2011

Cinta Harus Memiliki


Sejauh ku berlari
Meninggalkan dirimu
Masih bayangmu yang menawan

Sekuat ku mencoba
Melupakanmu kasih
Lalu mengapa ku tak sanggup

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah
Selamanya


Ku tak percaya kita
Terpisah karena berbeda
Lalu ke mana kan ku cari

Ku tak percaya kata
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit

Sekeras ku berfikir
Mencari alasannya
Semakin jatuh ku terluka

Adakah waktu tak berpihak
Atau memang sudah jalannya
Untuk kita terpisah... oh...

Hati terasa sakit...

Aku Maafkan Kamu

Aku tak tau kenapa aku suka lagu ni masa 1st time aku dgr pon aku da rasa menarik... words yg dia guna mcm ade simbolik for something... mcm ade maksud tersirat d sbalik lagu ni... so jom layan bait2 lirik lagu ni

Aku minta maaf di atas segala perbuatanku.
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Friday, October 07, 2011

Love Math

9x - 7i > 3( 3x - 7u)
Simplify.

9x - 7i > 9x - 21u
-7i > -21u [yg ni clearkan 9x]
7i < 21u [clearkan negative value]
i < 3u [divide by 7]

The answer is i < 3u

Or I <3 U lah

(^_^)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 06, 2011

Salah Aku Ke Weyh???

Korang pelik tak bila ex korang yang ada orang lain a.k.a pernah curang dengan korang tapi tak bole berenti kacau hidup korang??? Salah aku ke weyh kalau ex aku x reti berenti kacau hidup aku???

Aku ni sebenarnya jenis yang tak kisah kalau ex aku still nak jadi kawan aku after break up, as long as dia tau respect aku and tau limit dia as KAWAN dan bukan lagi KEKASIH. Kalau diorg (ex2 aku) sanggup terima syarat tu aku sangat bebesar hati utk jadi kawan diorg even diorg pernah lukakan hati aku di tahap paling kritikal. Sebab aku paham soal hati and perasaan tu memang tak bole paksa.

Tapi kadang- kadang manusia ni kan pelik, bila kita da bagi ruang utk jadi KAWAN lepas break up, still nak cari pasal and buat keadaan jadi complicated. Alih- alih orang tak bersalah nampak bersalah, orang yang bersalah nampak macam innocent pulak.

Diorg tak tahu ke it's not that easy untuk accept org yang pernah bertakhta di hati and pernah curang and tipu kita untuk jadi kawan and tengok dia dengan orang lain. Bukan semua orang mampu buat semua tuh. Sepatutnya diorg bersyukur bila masih berkesempatan untuk jadi kawan lagi. Tapi ni tak, mentang- mentang diorg tahu kita still/ pernah sayang dengan diorg, diorg ambil kesempatan atas kita, konon kata nak baiki kesilapan and kadang- kadang macam bagi harapan and then ruined up everything once again.


Sakit weyh kalau korang nak tau. Diorg yang buat keadaan jadi sangat teruk tapi orang yg menjadi mangsa and dipersalahkan oleh orang lain (current couple diorang and orang sekeliling yang tak tahu hal sebenar a.k.a kepochi) tak lain tak bukan kita lah. Orang macam tu selalunya aku akan bagi peluang 3 kali je untuk jadi kawan aku lepas break up. Kalau after 3 times diorg still repeat the same mistake... aku cuma akan cakap "ASTALAVISTA babeyh!!!" xpon "SAYONARA daisuki no hito" NGEHEHEHE!!!

Bukan sebab aku kejam. Tapi aku pon perlu jaga hati and perasaan aku yang diorg langsung tak pernah pikir apetah lagi nak jaga kan? Aku tak de masalah kalau diorg still hormat perasaan and hati aku, tapi ni tak. Susah sangat ke, bila korang da kecewakan org and tak mampu bahagiakan orang tu. Tak boleh ke korang respect hati and perasaan orang korang da kecewakan tu. Mungkin la hari ni hari dia, tapi korang kena ingat karma alam ni, bila korang terima balasan yang sama 1 hari nanti mungkin masa tu baru korang tau tinggi rendah langit kat atas tu.

Aku suarakan ni bukan nak tujukan kepada sapa- sapa, cuma sekadar renungan and ingatan utk kita semua. "WHAT GOES AROUND COMES AROUND". Kepada insan- insan yang pernah lukakan hati aku, aku tak pernah sekalipon cuba doakan kejatuhan korang. Sebaliknya aku selalu harapkan korang bahagia dengan jalan and pilihan hidup korang. Malah aku bersyukur kenal korang sebab korang lah yang buat aku jadi lebih matang dalam teruskan kehidupan aku. Selagi korang masih mampu respect aku, aku akan tetap ada dengan korang sebagai KAWAN.

Aku percaya dendam takkan mampu bawak aku kemana pon, dendam tu hanya akan tambahkan kehancuran dalam hidup aku. Aku terima semua suratan DIA untuk aku, dan aku ikhlas terima korang untuk terus jadi kawan aku. Dan aku harap korang pon ikhlas untuk terus ada dalam hidup aku. (^_^)