Wednesday, August 15, 2012

Aku...

Menjadi aku itu sebenarnya tak mudah tapi bukan pula menyusahkan.
Cuma kadang- kadang aku sendiri penat bila selalu di bayangi kisah silam yang merantai jiwa yang membuat aku begitu takut melangkah lebih jauh.

Jiwa aku, pada pandangan umum cukup kental
Tapi tanpa mereka tahu aku sebenarnya terlalu fragile.
Semangat aku, pada pandangan mereka tak pernah luntur
Tapi tanpa mereka sedar aku sering menangis sendiri menahan pedih luka semalam.

Bukan aku melindung siapa diri aku dari pandangan orang
Aku cuma tak mau ada yang khuatiri keadaan aku, hati aku...
Aku tak mau yang menghampiri itu hanya kerana rasa simpati
Aku tak mau yang datang itu cuma mau mengambil kesempatan ke atas diri ini

Walau telah aku siapkan perisai sekeras keluli
Kerana aku tak tega biarkan aku terus di buli
Walau telah aku siapkan cengkerang yang tak lut dek parang
Kerana aku tak mau di jadikan hanya sekadar hiasan di mata orang
Walau telah aku siapkan ilmu di dada buat bekalan beradu minda
Kerana aku tak mau tersalah hujah bila bicara
Tapi hakikatnya aku itu masih seorang perempuan
Yang masih punya banyak lemahnya
Yang masih memerlukan insan lain untuk aku menumpang kasih
Yang masih mau langkah-langkah aku di temani

Kerana aku cuma aku
Yang tak mampu sempurnakan dunia
Kalau aku sendiri selamanya

No comments:

Post a Comment