Monday, December 31, 2012

Abah

Di akhir kali berbicara dengan abah di telefon
Abah bertanya
"Sampai bila Along? sampai bila? "
Aku diam
Lalu abah bertanya lagi
"Apa along tak sunyi bersendiri?
Tak ada tempat mau bermanja
Tak ada tempat berkongsi cerita."
Aku diam sebentar dan cuma bisa menjawab
Along tak apa- apa
Along sudah biasa
Selama tanpa dia
Along sudah biasa hidup tak mengharapkan sesiapa atau apa-apa
Cukup Along ada abah dan adik- adik.
Abah pun tau kan?
Abah diam sebentar kemudian kami menukar bicara
Hal- hal lain sekadar penghibur lara
Hati aku dan hati dia

Maafkan Along ya Abah
Along dah tak boleh
Kalau Abah risau Along sunyi
Kalau Abah risau Along sendiri
Kalau Abah risau Along tak ada yang temani
Along cuma boleh cakap
Abah jangan risau ya
Along tak sunyi
Along tak sendiri
Along ada abah, adik-adik
Along ada iffat
Terima kasih ya Abah kerana masih peduli
Along sayang Abah.




No comments:

Post a Comment