Friday, November 18, 2016

The Ugly Duckling

Tajuk da macam fairy tale la plak, kan??? Tapi kali ni bukan aku nak cerita pasal anak itik atau anak swan pon. Aku nak cerita pasal anak orang (aiks... ayat macam nak gosip2 la plak...)... Ooopppsss... jangan pikir bukan-bukan eyh, sebab ini bukan ruangan gosip ya. Aku cuma nak berkongsi peel manusia-manusia yang aku kenal dan aku takkan sebut nama-nama beliau ini. Ini bukan nak mengaibkan sapa- sapa cuma sebagai renungan kita semua.

Once upon a time (chewwwahhhh... intro xmo kalah...), aku ni dulu agak boyish la, ala- ala tomboy gitu. Dress up ala jantan, dengan jeans gedabak, dengan baju over size, dengan rambut pendek... pendek kata gila selekeh la. Lipstick, eye shadow, blusher, compact powder kalau letak depan aku, aku gerenti... aku kenal lagi, sebab mak aku pakai... HAHAHA... :D tapi aku memang tak suka la benda alah tu. Aku pon tak tau kenapa aku nak sangat jadi macam lelaki masa tu. Abah aku relax jer, sebab bagi abah, abah memang suka anak-anak dia nampak kental and pandai berdikari, sebabnya bagi abah nanti orang takkan senang-senang dapat buli anak dia. Lagipon aku anak sulong so kena jaga adik- adik masa tu. Mak memang la ade la suh aku berubah tapi in term of dress up je la. Tapi masa tu aku rs rimas plak nak dress up girly- girly tu... memang aku sendiri rs geli la bila nak nampak girly2... ngehehehe... ni lah rupa aku dulu- dulu.

While I'm 18, ensem x??? Hahaha...

Ni plak masa umur 15 dgn kwn baik aku, yg sblh kiri tu aku.


Sangat selekeh kan, housemate aku pon kata aku selekeh bila aku tunjuk 2 pic ni kat dia huhuhuhu... Sejak bila aku berubah??? Aku pon tak pasti, tapi perangai still ada kasar- kasar cuma bole berubah mengikut keadaan, bukan hipokrit tapi lebih kepada profesional. Tapi dress up totally change la kot. Da pandai simpan rambut panjang, da pandai make up even tak la yg mcm mak andam tu, da pandai pakai baju- baju pompuan, da pandai pakai high heel (kalau dulu kompom aku kluar pakai slipar jamban ja la bila nak kluar, skrg da x lagi, kalau pakai sliper pon paling murah sliper 'ticket' tu la). Most of the thing aku tak jadi pon swan, aku masih lagi aku cuma 'cover' je da modified sikit. ngehehehe...

Tapi apa yang aku terkilan kat sini and apa yang aku nak highlight, Is it all people in this world will judge other people based on their look??? Is it true orang akan suka kita bila kita cantik/ hensem saja??? Ok, ni bukan benda baru la aku dengar, da banyak kali aku dengar and orang cakap dengan aku. Antara dialog-dialognya berbunyi begini.

"Weyh, awat hang nampak lain sangat. Dulu nampak macam tomboy, la ni da cun owh. Kalau ang dari dulu mcm ni, konfem dulu aku ngorat hang. Awat baru la ang brubah? Nasib baik aku da kawen kalau tak memang aku ngorat ang la weyh."
(Weyh... kalau hang belom kahwin pon belom tentu aku nak terima bila hang ngorat aku... sebab hang bajet hang hensem nak buat ayat macam tuh?)

"Da lama da aku suka dengan hang, tapi tak berani nak cakap. Tapi kan la ni hang makin cantik ni yang buat aku lagi suka dengan hang."
(Ewww... kalau betol da lama suka, kenapa hari ni baru nak ckp sedangkan dulu tiap- tiap hari hang jumpa aku and lepak sama-sama kot, bila-bila masa pon hang nak ckp bukan ada orang pon nak tembak hang tapi kenapa bila aku da berubah baru nak cakap? Motif???)

"You look different now, kalau I tau U cantik macam ni, memang I xkan break-off dengan U dulu. U nak jadi GF I lagi tak?"
(Of cos la I tak mau, dulu U nak sgt dengan orang lain so pergi je la... I x kisah pon)

"Awak sekarang da lain la, awak tak nak ke jadi girlfriend saya balik?"
(Sorry, awak da tak de dalam senarai saya. Kalau nak kwn bole, nak jadi gf awk balik??? No no no... )

and etc...

Yang menjadi persoalannya, adakah penampilan tu bole buat korang bahagia sampaikan kerana perubahan image yg aku buat, then orang- orang seperti yang di atas jadi mcm tu. Bagi aku luaran takkan bawak kita ke mana-mana pon, once DIA nak tarik balik all those thing akan hilang sekelip mata. Adakah bila semua tu dah tak de, orang- orang yang mcm di atas tu akan stay lagi by my side? I dont think so.

Aku memang bersyukur dengan anugerah yang DIA kurniakan pada aku tapi aku masih sedar aku jugak ada kekurangan. Aku tak kata aku cantik sangat, tapi bagi aku semua manusia tu cantik and sempurna kerana apa saja ciptaan Yang Maha Pencipta itu adalah indah. Cuma manusia perlu bijak menilai dan mendefinasikan cantik itu sendiri. Cantik itu abstrak tak semestinya hanya pada luaran. Kalau luar bagus tapi dalam bangkai pon tak guna. KAN???

Bagi aku, aku berubah bukan sebab nak grab others attention. Aku buat sebab mak aku nak tgk aku jadi perempuan and sebab diri aku sendiri kerana aku rasa da sampai masanya aku jadi perempuan. Sebenarnya aku tak perlukan orang- orang yang suka aku sebab 'cover' aku. Kalau seseorang tu nak suka aku biar dia ikhlas terima aku seadanya aku. Yang berubah cuma luaran aku, tapi dalaman aku... aku masih insan yang sama yang diorang pernah kenal. Bezanya sekarang aku lebih matang dari sebelumnya untuk menilai pujian itu ikhlas atau sekadar bermulut manis.

(P/S: Apa yang aku cerita adalah berdasar apa yang aku sendiri pernah alami, bukan nak mengaibkan sapa2, cuma aku harap insan- insan kat luar tu ikhlas dalam menerima setiap ciptaan Allah di muka bumi ini.)



1 comment:

  1. Hah... Benda ni memang betul.. Dulu ramai awek2 kolej sy yg tak cun.. Skali skng ni bila tjumpa lik, giler vogue, cun, melotop.. Lam hati mula lah.. Ruginya ini ruginya itu.. Huhuhu.. Cam tu lah manusia..

    ReplyDelete