Bole tak korang bayangkan bila benda yang paling berharga kat dunia ni adalah masa, and masa menggantikan fungsi wang? Means nak shopping, nak beli keperluan, nak buat apa- apa saja mesti gunakan masa. And orang sanggup membunuh and mencuri masa orang lain. Sound ridiculous kan? Dapat imagine tak dunia yang macam tu?
Sabtu lepas aku pergi tengok cerita In Time lakonan Justin Timberlake as Will Sallas and Amanda Seyfried as Sylvia Weis. Cerita ni mengisahkan bila umur 25 tahun, manusia akan maintain dari segi rupa and bentuk badan sampai bila (memang best la sampai bila-bila pon nampak 25tahun) tapi dari detik itu jugak, masa ko akan di ambil kira. Manusia yang punya banyak masa di anggap kaya and manusia yang punyai masa yang sangat terhad di kira miskin. Masa juga bole di curi dari orang lain and masa juga menjadi pertaruhan dalam berjudi. Yang kaya bole hidup selama- lamanya and si miskin kadang- kadang mati di sebabkan tak cukup masa. Dua komuniti; kaya dan miskin memang dipisahkan secara total. Untuk memastikan semuanya seperti yang di rancang untuk travel dari kawasan miskin memerlukan kos setahun sebagai tol utk ke kawasan orang kaya.
Secara ringkas cerita ni mengisahkan tentang Will Sallas, seorang lelaki miskin yang tinggal dgn ibunya di kawasan miskin, tapi mendapat masa lebih dari 1 abad dari seorang lelaki yang telah diselamatkan oleh nya yang bernama Henry Hamilton orang kaya yang datang ke kawasan miskin untuk bergembira tetapi hampir di tahan oleh timekeeper (hoh... ade penjaga masa owh... kalau masa ko terlampau byk kalau dalam area miskin dia bole detect weyh... canggih...). Pada hari tersebut ibu Will sudah pun kesuntukan masa. Kerana masa yang tak mencukupi akhirnya ibu Will pon meninggal. Lepas dari itu, selepas memberi 10 tahun sebagai hadiah kepada teman baiknya, dia memulakan perjalan ke kawasan orang kaya. Dan di situlah dia mula berkenalan dengan Sylvia and keluarga Weis. Tapi ni kawasan yang penuh kemiskinan Timekeeper menuduh Will mencuri masa Henry kerana meraka menemui Henry mati kerana kehabisan masa. Semua conflict pon bermula. Ok yang lain korang tengok lah sendiri nanti yer.
(Wah da macam pengulas pro plak aku nih dgn bahasa- bahasa yang bukan main lagi... kekekekeke)
Cerita ni not bad, jalan cerita dia unique. Pada manusia yang miskin, masa adalah sgt berharga, tapi pada yang kaya, mereka mampu buat apa saja kerana punyai banyak masa. Susah jugak aku nak kupaskan cerita ni, tapi aku bole cakap cerita ni lain dari yang lain la. Sebab korang kena berfikir luar dari kehidupan normal kita. Aku tak pernah terpikir, bila masa yang menentukan segalanya (da macam ayat2 dalam novel cinta yang x kesampaian la plak), bila masa yang akan menetukan taraf hidup kita, bila masa yang menentukan ekonomi dunia, bila masa jadi sangat berharga even ko tahu masa itu berharga tapi bila masa mengganti tugas duit. Phew... tapi cerita ni masih mantap and punya isi yang korang kena pahamkan sendiri. Jadi cubalah menonton.
Movie ni aku bagi 4 stars.
Macam mane lak bentuk masa dorang ni? Kertas gak ke? Ade physicalnya ke? Unik tol pemikiran dorang ni. :)
ReplyDeletetak, masa diorg ada kat tangan, nampak kat tgn justin dlm poster tu. tu la masa diorg. kalau diorg guna nak byr apa2. diorg kena letakkan tgn diorg kat 1 alat so masa diorg akan di tolak based on harga yg ditetapkan (contoh 2 hours utk tambang bas, setahun utk tol dari poor area ke wealthy area) and kalau diorg nak transfer masa diorg kat orang lain. diorg cuma kena pegang tangan org yg lagi 1 and make sure pergelangan tgn diorg bertemu. tangan yg di bwh adalah tgn pemberi and tgn yg di atas adalah yg menerima. memang unik, pergi la tgk :)
ReplyDelete