Wednesday, October 19, 2011

Kalau Suka Kata La Suka

"If you love me let me know
If not gently let me go"


Pernah dengar tak quote kat atas tu? Mesti pernah kan? (Kalau tak pernah dengar mmg korang ni tak pernah jatuh cinta kot). Kali ni aku nak kupaskan topik yang ada sangkut paut dgn quote di atas. Base on aku punya experience and orang- orang sekeliling punya experience la. Jangan risau, butir- butir diri insan-insan berkenaan akan di rahsiakan, cume aku post ayat-ayat best yang korang pernah cakap je la tp ade edit sikit nak bg sedap cerita. (~_^)V

Da banyak kali da aku face benda ni (dolu2 la). Orang suka tapi tak cakap/bitau, bila aku da dengan orang lain baru nak meluah lepas tu siap ckp, "Saya ingat awak tak bole accept orang macam saya, sebab tu saya takut nak bitau awk. Tapi tak sangka pulak awak ok jer." Ohhhooooiiii... korang tak pernah cakap and tak pernah tanya, then bole plak main assume2 mcm tu =_=" Abis tu takkan ko pikir nak tunggu aku pulak yang tanya korang, "Weyh, ko suka aku eyh??? Ko nak aku jd gf ko ke?" Phew, memang TAK la, tak ke gilo namenye. Aku pompuan, melayu pulak tu kot, even bukan pompuan melayu terakhir, tapi aku pon tau erti perkataan "M.A.L.U". Even aku suka sekali pon aku takkan cakap macam tu lah. Kena ko tak de hati kat aku, aku plak pegi cakap mcm tu, nampak sangat la aku ni cam desperate sgt. Tak ke malu aku??? Kan??? So sape yang meluah perasaan dia kat aku time tu, aku rasa orang tu ok and serasi dengan aku, aku accept je la. Kpd yg menyimpan rasa dalam diam tu, dah ko yang tak cakap, mana la aku tau... kannnnn... takkan aku nak tunggu ko nak cakap. Kalau last-last ko cakap jugak xpe, kalau ko tak cakap-cakap. Macam mana??? So, even aku lagi suka dengan ko dr orang yang satu lg, aku tetap pilih yang 1 lagi. Kan da melepas. Pepatah ade mengatakan, "Biar berputih tulang, Jangan berputih mata" or ada lagu dolu2 tu, "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia di ambil orang" haaaa... kan da kena!!! Memang ngam la dengan insan yang tak berterus terang pasal perasaan dia dengan aku time tu. (bajet macam aku hot sgt la plak time tu... [P>E>R>A>S>A>N] harap maklom... ~_~' )

(P/S: Ini semua cerita yg 4, 5 tahun lepas la bukan cerita baru... tapi belom basi sbb masih ade orang lain yang face hal yang macam ni. Sekarang aku single and xde commitment atau bersangkut paut dengan sape2 selain dari family dan kawan-kawan aku)

Korang jgn budget kitorg ni paham dgn hint-hint korang bagi kalau korang nak ngorat kitorg. Macam kes kawan aku ni, kesian jugak la weyh. That guys mcm suka dgn kawan aku. Selalu bagi hint- hint mcm nak ngorat, and sampai kawan aku ni mcm da tersuka dgn mamat tu. Tapi sampai hari ni, that guys tak pernah pon luahkan ape2 so aku nasihatkan kwn aku tu daripada berharap pd yang tak pasti, baik buat dont know je la. Sian jugak dgn kwn aku tu, ye la mak kat kampung dah bertanya bila nak kawen, mesti la kawan aku ni risau sebab dia still xde calon. That guys plak mcm tarik tali. Last2 dia cuma cakap dengan mak dia, "Mak, kalau ade sekali pon... Kalau orang tak ajak kawen macam mana saya nak kawen? Takkan saya pulak nak ajak dia kawen? Saya ni perempuan.". Lepas dia ckp mcm tu, mak dia pon macam puas hati la, btol jgk ckp kwn aku, kami ni perempuan. Kan??? Takkan kami plak nak lelebih... no no no... Cannot!!!
(Kepada yang berkenaan sila jangan marah saya, saya cuma nak kongsi pengalaman and fakta-fakta yg berkenaan dengan topik) V(^_^)V

Kesah adik aku pon lebih kurang la jgk dgn kesah aku dulu. Kawan baik adik aku, B (bukan nama sebenar) suka dengan adik aku, tak ckp and simpan sorang-sorang, tup- tup bila adik aku da bertunang baru la buka cerita yang B tu suka ngan adik aku. Memang B tu baik, elok budi pekerti, ada rupa... pendek kata cukup pakej la kalau nak di jadikan adik ipar aku merangkap menantu mak abah aku. Family pon memang suka dengan dia, sbb kami semua da lama kenal si B, da macam anak angkat parents aku da. Tapi... di sebabkan segan tak kena tempat. Adik aku da selamat kawen dengan orang lain, yang tak segan meluahkan perasaannya terhadap adik aku. Sekian, wasalam la si B tu.

Hurm... conclusionnya, aku pon pelik kenapa eyh orang sekarang perangai macam tu, kalau nak cuba buat cara nak, kalau tak mau buat la cara tak mau. Senang... tak payah men tarik- tarik tali, tarik layang- layang and tak payah nak seksa-seksa diri tunggu orang tu paham hint-hint dari korang. Kalau korang rasa sanggup tengok orang yang ko suka tu, dapat kat orang lain. Teruskan je la dengan sikap korang tu... Kalau tak silalah rebut peluang selagi ada. Ngehehehe...

Gambatane!!! p(^_^)q

(P/S: Ini hanya sekadar renungan... So, kepada orang- orang yang ade suke or fall in love with someone kat luar sana tapi tak pernah luahkan, renung- renungkanlah dan selamat beramal!!! ooooppppssss... before tu sila pastikan orang yang korang suka tu MASIH single ya... kalau tak mmg tak dapat nak tolong... V(^_^)V )

1 comment:

  1. Kalau cinta.. Katakanlah..tidak aku terus gelisah..kalau diam manakan tahu.. Kalau begitu tak mgkin aku terus menunggu..

    ReplyDelete