Thursday, November 08, 2012

Be Positive Rynn

Aku masih pegang kata-kata, "Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hamba itu sendiri." dan aku yakin itu.

This few days, terlalu banyak dugaan yang aku hadapi. Start with Vell di kdnap, terlepas flight sebab polis-polis yang buat kerja dengan lembabnya (seriously sangat hegeh-hegeh buat keja) and ada lagi few other thing yang boleh buat aku down teruk. Tapi tak pe lah, mungkin aku the chosen 1 untuk lalui apa yang aku lalui sampai hari ni. Orang lain tak de kan?

Alhamdullillah, aku syukur sangat aku di anugerahkan hati yang cukup kuat dan tak mudah mengalah dengan hidup aku. Aku selalu bersedia untuk terima qada dan qadar Dia ke atas aku. Dan aku juga yakin, everything happen for a reason dan bukan saja- saja Dia tarik something dari aku. Pasti ada ganjaran yang lebih besar untuk aku menanti di hari depan.

Cuma aku selalu mohon, semoga Allah terus kuatkan hati aku, Jangan jadikan aku manusia yang hopeless dan selalu mengalah. Thanks kepada insan-insan yang selalu ada masa susah dan senang aku. Semoga Allah membalas budi kamu semua. Aku cuma insan kerdil yang menumpang muka bumi, berkelana sampai satu detik Dia menjemput aku kembali.

Percaturan hidup aku, aku serahkan kepada Dia, kerana aku tau dari Dia aku datang dan kepada Dia juga nanti aku kembali. (^_^)




No comments:

Post a Comment