Thursday, October 27, 2011

Real Steel Review

Courage is stronger than steel
(mendalam weyh mksdnya tuh)

Champions Aren't Born. They're Made.


Last Tuesday (25/10/2011) aku and my acquaintance pergi la tgk crita ni, selepas agak frust menonggeng dgn cerita Klip 3GP, Real Steel memang mampu merawat luka aku. (Pergh... da mcm ayat frust bercinta dowh!!!). Cerita ni memang marvellicious (hasil gabungan marvelous+delicious jd la marvellicious... ngehehehe...). Yummeyh tahap superb. Sesaat pon aku tak mampu alih mata aku dari skrin hall 2 GSC OU tuh. Setiap saat tu rasa macam sangat berharga jer, kalau aku terlepas tgk mesti aku menyesal giler. Ok aku cerita sikit la pasal movie nih.

Real Steel is an action + science fiction movie yang berlatar belakangkan tahun 2020 ( macam wawasan 2020 tapi xde la kereta terbang and piring terbang yg ni nampak lebih releven la). Cerita ni mengisahkan seorang bekas boxer, Charlie Kenton ( Hugh Jackman) yang sangat gila dengan robot (robot2 ni mengguna kuasa manusia utk mengawalnya, and tenaganya harus la di charge ya bukan mcm transformers yang bole bergerak sendiri tu) and banyak berhutang. Di sebabkan itu, dia menggunakan robot untuk untk mengaut keuntungan dengan berlawan, and mengharapkan dia bole mengaut keuntungan bila menang pertaruhan. (uish... bahasa da macam pengulas berita :P).



First robot milik Charlie yang diorg tunjuk dalam cerita ni adalam Ambush, tapi masa 1st game lagi Ambush da K.O dikerjakan oleh sekor lembu jantan yang bernama Black Thunder. Mula-mula memang nampak Ambush da nak menang, tapi di sebabkan Charlie terlampau awal nak berlagak, Ambush kena attack dgn lembu tu masa Charlie sibuk buat aksi hero depan penoton yang bersorak. Memang tak dapat di selamatkan lg. Innalillah la Ambush di situ dengan sebelah kaki yg ilang. Inilah rupa Ambush.

Owh lupa plak nak ckp before lawan tu dia da deal dgn Ricky (Kevin Durand) a.k.a owner lembu tu kalau Ambush kalah dgn lembu tu, dia kena bayar $20,000. So after kalah, cepat- cepat la dia lari (Memang macam tu ka hidup orang byk utang asyik kena lari je???) tapi masa ni ada la orang dtg jumpa dia ang bgtau ex-girlfriend dia da meninggal and dia kena pergi ke mahkamah untuk dgr pengumuman hak penjagaan of his son Max Kenton (Dakota Goyo) yang dia tak pernah langsung jumpa sejak budak tu lahir.


Mak Cik si Max a.k.a adik kepada ex-girlfren si Charlie, Debra(Hope Davis) and her husband Marvin (James Rebhorn) ni memang nak ambik Max and jaga Max tu sebab tak yakin Charlie mampu jaga si Max. Tapi memandangkan Charlie adalah bapa kandung Max so hak penjagaan akan jatuh kat Charlie unless Charlie nak bagi hak penjagaan tu kat Debra. Di sebabkan Charlie ni nak guna sgt duit, dia pon deal dgn si Marvin, kalau Marvin sanggup bagi dia $100,000 dia akan turunkan tanda tangan and bagi hak penjagaan Max kat Debra. Marvin bersetuju sebab dia sgt2 sygkan Debra and sanggup buat apa saja asal Debra tu happy. Pada permulaan Marvin bagi $50,000 and terpaksa tinggalkan Max dgn Charlie selama 3 months sebab diorg da plan nak pergi second honeymoon. So start dari hari tu Max pon tinggal la dengan Charlie bersama dgn teman sepermainan masa kecik Charlie merangkap GF dia, Bailey Tallet (Evangeline Lily) kat boxing gym ayah Bailey tuh, Ayah Bailey tu dulu coach boxing pada Charlie. Masa ni jugak dia beli sebijik lagi secondhand World Robot Boxing (WRB) league robot bernama Noisy Boy.



Yang bestnya baru ja beli Noisy Boy, mlm tu si Charlie and Max da bawak Noisy Boy utk fight kat illegal circuit champion. Di sebabkan over confident and tak biasa handle Noisy Boy, dgn mudahnya Noisy Boy di hancurkan oleh Midas. Maka Charlie kalah lagi la malam tu.

Balik dari pertandingan tu Charlie and Max pergi la menyelinap masuk kat tempat pembuangan bangkai-bangkai robot, masa mencari part-part yang bole di pakai tu secara tak sengaja Max ni terjatuh dalam curam and nyaris jatuh ke gaung tapi terselamat sebab tersangkut kat satu tangan robot. Kat situ la nampak la jgk kasih sayang sorang ayah kat dalam diri Charlie, berusaha menari si Max yang tergantung tunggu masa nak jatuh kat dalam gaung. Selapas selamat Max ni cuba la tengok tangan robot, and masa ni la dia jumpa Atom. Atom ni adalah Generation-2 sparring robot yang di bina tahun 2014 yang dah tak digunakan lagi. Atom di cipta untuk menahan kerosakan besar and mampu mengikut/ meniru pergerakan. So disebabkan Max menganggap robot tu yang da selamatkan nyawa dia, dia pon bertekad nak bawak robot tu balik even Charlie menghalang. Tapi atas usaha Max semalaman akhirnya Max berjaya jugak bawak Atom tu balik.


Uiks da panjang rupanya aku mengulas ni, kalau bole memang in detail la aku nak cerita, tapi... no no no... nanti tak surprise plak utk orang yang tak tengok lagi cerita ni. Start dari sini la, banyak yang tak di duga berlaku. Charlie memperlekeh Atom bila Max nak try bwk Atom berlawan. Tapi start dari situ lah Charlie mula berubah sikit demi sikit bila Atom mampu kalahkan sebijik robot lain iaitu Metro masa Atom punye 1st fight. Max sorang budak yang berjiwa sangat besar dapat mengubah si Charlie setelah pelbagai insiden and kejadian yang diorg tempuhi. Korang takkan menyesal tengok cerita ni, cerita ni sarat dengan emosi, ada part sedih, ada part lucu, ada part bole buat kita teruja, ada part bole buat kita bersemangat. Masa Max deal dengan Charlie untuk ajar Atom berlawan, Masa Max ajar Atom tu menari memang sangat la sweet.
Kalau korang nak tau macam mana diorg fight sampai Atom si robot kecik tu mampu masuk ke WRB league, after 3 months dengan sape Max ni tinggal semua tu orang tengok la sendiri cerita ni. Nanti korang akan tau macam mana ending cerita ni. Pada yang tak tengok lagi, jangan tunggu, sila la book ticket anda ya. Selamat menonton!!! V(^_^)V

Untuk aku cerita ni aku bagi 5 stars.


No comments:

Post a Comment